Monday, 12 May 2014

Veeee Taaaaa



Ini adalah sangat amat menakutkan.
Baik admin mati kena cekik pontianak jela daripada jumpa orang macam ni.

By the way, admin tak lah minat sangat PS Vita, untuk admin lagi suit PSP Go.
Sebab dia kecil dan come on.... Slide kot!
How adorable is that.

Cuma haritu admin try cari dekat youtube, review PS Vita.
Memang mata admin tak berkelip tengok.
* * * FASCINATING * * *

Sekarang admin dah buntu.
Sekian terima kasih. Haha!




Cuma admin tak berani lah nak cari review wanita dengan dua pasang buah dada.
Harap-harap kalau jumpa admin tak jadi buntu, or else I am definitely in need of a really kind help from a normal human being.












Monday, 5 May 2014

Jigsaw


Awek-awek comel manja kesayangan admin..
Rasanya dmin tak payah nak bebel banyak-banyak..
Kita semua tahu orang perempuan ni molek sangat kalau pandai masak.

Nak menang hati suami, kena jaga perut suami tu.
Makan biar cukup, jangan sampai 'makan luar'.

Tapi tak bermakna lah nak jadi isteri je kena ada syarat nya.
Tak tahu masak tak boleh kahwin.

Nak jadi suami pun kena cukup syarat.
Kalau tak tahu nak bimbing isteri, tak tahu mengaji, solat tak cukup, boleh berangan nak dapat isteri cantik, pandai masak?

Huahahaa!!! Sebabkan jenis lelaki macam ni lah martabat lelaki-lelaki berkualiti pun dipandang rendah kaum wanita.
Kerana nila setitik ni namanya.

Tapi jangan berat sebelah.
Dalam perkongsian hidup ni, kena berkongsi lah.
Kena lengkap melengkapi.

Jangan tahu nak dapat pasangan sempurna je.
Nak yang kurus langsing, yang tinggi lampai..
Yang putih mulus..
Intai-intai lah diri tu sikit.

Kalau awak tu memang hensem kacak bergaya pun, tengok pula sisi agama tu sempurna ke?
Boleh jadi imam yang baik untuk keluarga?
Kalau semua pass, alhamdulillah.. bagussss..
Sebab kalau orang sempurna agamanya, pelacur pun sanggup diambil buat isteri.
Bimbing ke jalan yang betul, besar pahalanya tu!

Salam sayang dari admin. Haha!


















Sunday, 4 May 2014

Cerpen : Violence

Pada suatu masa dahulu, ada sepasang kekasih.. Kamal dan Sarah nama mereka.
Masa dahulu tu maksudnya, memang masa yang sangat lama dahulu lah.

Diorang ni dah lama bercinta. Dari zaman sekolah lagi.
Sekarang ni mereka dah pun hampir meninggalkan zaman remaja. Dah nak kahwin pun.

Malangnya kawasan tempat tinggal mereka diserang pengganas. Waktu tu pula, mereka memang berada di luar dan bukannya di rumah. Memang malang nasib mereka, Kamal dan Sarah diculik pengganas-pengganas merbahaya tu.

Pengganas tu pula memang ada otak gila tak tentu arah.
Mereka menculik orang dan membunuh mereka tanpa sebab. Kira pesen psychopath yang suka membunuh tanpa reason tu lah kan.

Kamal sangat-sangat cintakan kekasihnya, Sarah. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Sarah tak dicederakan.

"Tolonglah bang.. Jangan lah bunuh kitorang.. Kitorang dah nak kawin, bla.. bla.. bla.." Kamal merayu-rayu.

Walaupun bunyi macam malas sangat kisah ni, but for the purpose of this story, tolonglah layankan je.

Maka pengganas tu pun buat satu deal dengan Kamal.
"Boleh. Tapi hati gua kena kasi puas dulu. Gua nak lu pergi tangkap seratus orang kampung dan bunuh seorang demi seorang depan mata gua. Buktikan lu ni jantan baru gua kasi lu kawin!"

Ok melampau sangat pulak.

Maka pengganas tu pun buat satu deal dengan Kamal.
"So. Awek lu ni dara lagi tak. Bagi gua try dulu, baru gua lepaskan korang."

Ok watehel is wrong with this story!
Macam ni jelah.. Senang cerita, Kamal follow lah deal dia dengan pengganas tu. Apa deal tu, aku pun malas nak fikir.
Mereka berdua akhirnya dilepaskan dan melangsungkan perkahwinan.

Untuk nampak malas lagi, kita skip ke 10 tahun kemudian.
Pehh macam tak logik pulak 10 tahun. Ok, seminggu lepas perkahwinan.

Lepas seminggu bernikah, tibalah masa untuk Sarah bercuti a.k.a datang bulan.
Jadi scene kali ni adalah masa Kamal dengan Sarah tengah masak dinner. Ye, betul apa yang korang baca, Kamal dan Sarah tengah masak dinner. Maklumlah pengantin baru, inai di jari pun merah menyala lagi. Lepas dah boyot dua tiga kali, jangan kata Sarah je menonggeng masak seorang. Silap-silap semua orang gaji je yang buat.

Jadi waktu ni, Sarah tengah kupas bawang. Bawang merah pulaknya.. Meleleh-leleh air mata si Sarah.
Tiba-tiba telefon berbunyi..

"Abang.. Tolong jawabkan telefon, ayang tengah kupas bawang ni.." pinta Sarah sambil mengelap air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju.
Pehh macam logik sangat pulak kan pengantin baru pakai baju lengan panjang dalam rumah. Selalu awal-awal kawin seksi meksi dekat rumah. Dah hujung-hujung abad baru orang gaji indon pun lagi cun.

Maka nak dijadikan cerita...

"Alamak, ayang.. Abang tak tahan nak pergi tandas ni.. Ayang tolong jawab ye.."

Tak semena-mena.. Seperti diharuk setan, bak kata omak Ujang.. Sarah melontar pisau yang dipegangnya, berputar dan tepat mengenai dahi Kamal.

"AYANG TENGAH KUPAS BAWANG NI!!!!!!!!!!"









So time for moral of the story ye anak-anak..
Beza pengganas dan perempuan yang tengah period adalah.. Kita boleh nego lagi dengan pengganas.

Time for serious lesson..

Alang-alang marilah admin ajarkan cara nak hilangkan Period Pain, atau yang awek-awek kita selalu sebut, Sesungut. I mean.. Senggugut.

Admin tak pasti sangatlah, tapi ini yang kawan-kawan perempuan admin selalu buat..

Tidur
Bunyi macam "Pemalas punya anak dara!"
Tapi based on apa yang mereka kata, bila bangun tidur sama ada akan hilang sepenuhnya atau dah tak sakit teruk mana pun.

Menangis
Yang ini, sorry lah admin sendiri tak percaya. Kah! Kah! Kah!
Tapi kata mereka, bila nangis, akan tertidur.
Dan kemudian, back pada tips pertama tadi.

Hish tak faham betul.
Perempuan sakit, penawar dia tidur!
Lelaki sakit kalau nak tidur, memang kena boo.
Itu pun nak berPMS bagai.

Surah An-Nahl
Ayat 69, bacakan pada madu dan kemudian telan.
Tapi kalau tak ada madu, cuma letakkan tangan pada perut dan bacakan.



Tapi ini yang admin belajar dari apa yang admin nampak.
Bila awek tu dok tengah period pain, bagi la cekelat ke, back rub ke..
Jangan lah duk gelakkan, buat lawak-lawak tak bijak.

Kita kena terima hakikat dunia ni tak adil.
Bila perempuan buat baik dekat lelaki, orang kata "Bodoh"
Bila lelaki buat baik dekat perempuan, orang kata "Gentleman"

Kita semua tahu jadi lelaki sangat best. So janganlah ambil kesempatan. Buktikanlah, kita ni bersyukur, dan akan tetap jadi manusia yang baik terhadap kaum wanita yang lemah tu. Dah lah lemah, hati lembut, tiap-tiap bulan sakit, nak keluar rumah pun takut. Takut jumpa 'pengganas'. Macam-macam lagilah. Kesian kot!

Jadi adik-adik admin yang sangat gentleman dan awesome..
Marilah berjanji dengan admin yang korang akan layan mereka dengan baik. Buktikan kepada wanita seluruh dunia, bahawa kita ni adalah kaum manusia yang sangat baik sebenarnya. Tak semestinya benda tu ada dekat korang, korang pun perlu untuk jadi macam tu. What I mean is D.