Saturday, 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramdhan Al Mubarak dari blog LordNightPandemonium buat semua umat islam di pelusuk dunia..semoga kita semua mendapat syafaat dari Nya untuk bulan yang mulia ini...


Kali nie admin tak nak buat post pasal tips sebab kita semua dah menjalankan rukun islam ke empat ini dari umur kita kecil lagi..jadi kita dah tahu apa sepatut dan tidak di lakukan pada bulan yang mulia ini...



Admin kali ini cuma nak mengingatkan apa yang kebiasaan yang kita buat pada bulan ramadhan setiap tahun apabila ia menjelang tiba...


Membeli atau memasak dalam quantiti sederhana ini kerana apabila kita lapar kita lebih mengikut nafsu..sebaik baik nya bersederhana ketika membeli dan memasak...secara tak langsung kita dah membazir...yang ini admin kena mengaku kekadang admin sendiri tak dapat kawal..tapi sebaik baik nya kawal diri ketika membeli...



Biasakan diri dengan zikirullah, tadarus Al-Quran dan bersedakah...mesti ada yang tanya macam mane nak bertadarus sedangkan ada di pejabat? Pada admin cukup kita memasang MP3 Al-Quran secara tak langsung kita akan mengikut bacaan terutama surah surah lazim...biasakan diri dengan mendengar zikirullah dengan memasang MP3 juga...secara tak langsung kita akan mengit bacaan dari situ...



Tak susah kalau kita hendak mengikuti apa yang di galakkan...cuma pada diri kita sahaja nak atau tidak untuk membuat perkara perkara itu semua...benda paling senang...kita hanya mendengar surah surah lazim dan zikirullah sahaja kita telah mendapat berlipat kali ganda ganjaran pahala yang di beri oleh Allah pada bulan yang mulia ini...



Jadi sama sama lah kita mengejar ganjaran pahala yang di cipta oleh-Nya untuk semua hamba yang dikasihi dan disayangi oleh-Nya...


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1435HIJRAH BUAT SEMUA PEMBACA BLOG LordNightPandemonium...


Thursday, 26 June 2014

Godaan

Rasanya ramai tahu pasal ni.
Murrica kecoh duk saman McD sebab buat diorang gemuk.

Katanya McD jual makanan tak berkhasiat. Dan iklan-iklan McD tu kononnya lure diorang untuk beli dan om nom nom sampai gemuk.

Punyalah mengarut.
Ok lah, admin tak lah ada example yang berdekatan. Sebetulnya example admin sangat jauh dari topik. Tapi at least korang fahamkanlah bentuk situasi ni ye..

McD jual makanan tak berkhasiat tapi nampak best, buat diorang tergoda untuk beli dan makan sampai gemuk
McD dipersalah.

Perempuan duk pakai seksi sampai kena rogol.
Lelaki dipersalah.


Ape kes?
Katanya, masyarakat patut ajar lelaki untuk respect perempuan, dan bukannya perempuan yang kena ada boundary dalam pemakaian.
Then McD? Diorang berniaga kot! Memang kena buat marketing.. Memang kerja diorang untuk goda orang.

Mari admin sum up lebih jelas ye..

Mereka ada pilihan untuk pergi makan makanan yang sihat. Tapi pilih untuk makan junk food.
Pilihan sendiri kot! Kenapa nak salahkan company tu? Bukan McD paksa diorang pun.

Dan mereka ada pilihan untuk jaga maruah diri tapi sibuk fight untuk tunjukkan badan dekat semua orang. Masalah yang dicari sendiri namanya tu..








pendek je entry ni eh?









Friday, 13 June 2014

Pastikan Halal, Baru Selam

Admin ada jumpa satu video haritu. Tapi mana tah perginya.

Macam yang admin baca, mamat ni kena bantai sebab dikatakan kantoi berdotdot dengan bini orang.

Mulanya puas benor admin bukak telinga luas-luas, nak dapatkan bahasa yang diorang pakai. Orang apa agaknya. Dari telinga admin ada cina, thailand, indon+melayu. Masalah betul telinga den ni.

Tapi admin andaikan ini Sabahan la kot.

Yang admin pelik kemain ni, nak buat kemain berani. Bila kena bantai meringkuk je macam ulat. Ape ni bro!

Tapi terus terang lah apa admin rasa eh.. Sangat-sangat nonsense video ni. Bukan video tu lah, tapi perbuatan tu.

Dibantainya mamat tu sampai lunyai (nak sedapkan ayat je. takde lah lunyai pun) tapi mana video dia bantai bini dia?!?!?!

Bukan admin suruh dia bantai bini dia. Point admin adalah.. Memang mereka berdua bersalah. Kalau ikut hukum hudud, rejam tak silap admin. Tapinya, cuba pikir balik (ini general ye, bukan lawan hudud).

Mamat tu solo. Single and ready to mingle. Memang lah merenyam. Sapa pun dia sapu.

Dah perempuan tu pulak, sedar-sedarlah awak tu dah berlaki. Pergi la gentel laki kau je. Yang duk gatal kenapa.

Sama juga kalau kes sebaliknya.

Yang perempuan tu single, memanglah gatal. Lelaki tu pulak dah ada bini, yang halal, yang haram tu jugak nak cari.

Walaupun dua-dua side salah pada timbulnya, tapi pada dasar bagi admin, yang dah berumahtangga tu jauuuuhhhhh lebih teruk.

Jangan nak bengang kat orang yang rampas suami/isteri kau. Bengang la kat suami/isteri kau yang gatal tu.

Adoooooooohaiii
Suma admin nak kena ajar. Tak paham betul.

So, ada sesapa volunteer nak kawin ngan admin? *wink-wink*











Zaman Fitnah

Tolak kes Abby..

Duk kecoh kes laki Ayu Raudhah pula dikatakan menggatal dekat IG dan WeChat.

Ish.. Ish.. Banyak yang admin boleh kupas dekat sini. Macam bawang dah rasanya.

Lapisan Pertama
Takkan lah Zaquan ni bodoh tahap cenggitu. Ingat tak admin cakap pasal public figure haritu? Apa pun yang deme buat, semua orang tahu. Memang bengap lah si Zaquan ni kalau berani sangat nak buat macam tu.

Lapisan Kedua
Kalau dah kecoh pasal kes ni, takkanlah si Zaquan ni nak buat lagi dan lagi dan lagi. Bertambah-tambah pulak awek gersang muncul tayang diri (cover gambar sendiri tu adalah proses menanyang diri jugak sebenarnya ye..) konon hot sangat sampai Zaquan nak dekat dia. Kalau dah parah sangat adik-adik admin ni ha, bak datang la. Admin boleh je tolong settle. Admin ni baik hati tau....

Lapisan Ketiga
Bini Zaquan tu kemain la cun nye! Body pun lawa, muka cun, senyum manis.. Apa lah yang Zaquan nak tergila dekat budak-budak baru nak up tu? Kalau betul la, memang bengap lah jantan tu kan?

Lapisan Keempat
Yang konon kata Zaquan ada videochat dengan dia.. Dalam Chat tu kata, "Dah nak masuk tidur". Ape benda kejadah dah nak masuk tidur tapi duk dalam kereta! Dah pulak Zaquan ni duduk alam mana terang benderang cenggitu nak masuk tidur.

Lapisan Kelima
Yang ni jangan kata tak logik eh!
Tah-tah Aidil buat prank kot! HAHAHAHAHA!!!!!



Admin bukanlah nak menangkan Zaquan ni.. Lelaki bukannya baik sangat (dan sekiranya korang rasa perempuan sangat baik, sila refer entry sebelum ni). Boleh je tak de hal. Bini kat atas je pun. Pergi jelah selam. Yang duk hegeh dekat videochat kejadah ape? Tapi hati manusia manalah kita nak tahu.

Senang cerita, perkara sebenar cuma Zaquan je yang tahu. Kalau dia buat, dia tahu. Kalau dia tak buat, mestilah dia tahu kan. Ayu, tak leh cakap apa. Dia mestilah kena menangkan laki dia. Isteri yang jaga maruah suami. Kan baik tu..

Jadi kita jangalah nak buat andaian sesuka hati. Silap andai, boleh jatuh fitnah. Sendiri jawab la dekat akhirat. Admin tak tawuuu...

Macam admin cakap, kita ambil buat pedoman. Sesambil tu kita doakanlah agar pasangan yang satu ni tak tergolong dalam lakibini yang bercerai berai. Sesungguhnya Allah amat bencikan peceraian.

Ha tu dia....










Cakaran Ustazah

Kita semua tahu kes Abby Abadi bercerai tu kan.
Katanya laki dia jatuhkan talak sebab Abby cakar muka dan tangan dia.

Admin nak tahu satu lah lah.. Apa gunanya kau sebagai suami kalau tak reti nak control isteri?
Ni yang admin tak faham. Selalu nampak kes kat paper, kat tv, suami dera isteri. Selalunya kesnya suami tu yang naik gila sendiri while isteri dia baik. Sampaikan mintak cerai pun tidak.

Tapi bila kes isteri kurang ajar macam ni, tengking-tengking suami, tak pulak kena bantai. Ish.. Ish..

Admin tak nak lah highlight dekat kes cakar mencakar tu, cumanya sebagai isteri kenalah hormat suami. Susah senang, bantu membantu lah. Itulah gunanya berkahwin. Hidup berkongsi.

Tapi manalah tahu kan.. Laki Abby tu yang dok pow duit bini sampai Abby tak ada duit. Itu yang sampai mengamuk ustazah kita tu.

Tapi yang tu admin tak kisah. Biasa la suami isteri bergaduh. Bercerai berai pun dah biasa dah kita dengar zaman sekarang ni. Jadi pasal cerai tu pun admin tak kisah.

Yang admin kisahkan, bekas suami si Abby ni tak malu ke bagi tahu satu malaysia dia kena bantai dengan bini? Kau sebagai lelaki, ketua keluarga, apa guna kau? Bukan admin nak suruh defend diri, smack down balik bini kau. Takkkk... Cuma dah tanggungjawab isteri hormat suami, tanggungjawab suami pula lah bimbing isteri.

Pasal kes diorang ni, kita tak payah lah nak highlightkan sepenuhnya, siapa orang tu.. Kenapa dia cerai..

Kita ambil sebagai general. Buat iktibar. Setiap yang berlaku tu ada hikmah. Mungkin kes cerai berai di kalangan artis ni, bukanlah sebab kalau dah nama artis, tak tahu jaga rumahtangga. Mungkin sebab mereka ni public figure. Allah nak tunjuk kat kita biar kita nampak baik buruk. Hikmah tu..

Yela, macam kes Zaiton dengan Saripudin kena tangkap basah tu.. Mana ada sapa-sapa tahu. Tak da sapa kenal diorang pun. Korang pun mesti pelik, siapa pulak Zaiton dengan Saripudin ni??
Memang tak da sapa pun. Itukan contoh...

Jadi nak kutuk sangat pun, janganlah..

Kita patut hargai diorang. Sebab diorang alami perkara-perkara buruk dalam hidup diorang demi untuk menjadi contoh kepada kita.










Tips duduk rumah sewa bagi pelajar

Kebanyakkan IPTA or IPTS tak mampu menampung pelajar yang begitu ramai...ada kala nya pelajar di galakkan untuk menyewa kediaman sendiri...ada sesetengah IPT menyediakan syarat untuk duduk di dalam kampus..di sebabkan ada 'syarat' kebanyakkan pelajar mengambil keputusan untuk duduk sendiri...bahkan ada yang tidak petah di sebabkan peraturan yang kekadang agak mengarut bagi sesetengah pelajar untuk duduk di dalam kampus...


Okk dekat sini admin nak bagi tips sikit untuk duduk rumah sewa...maklum lah tak pernah rasa macam ibu bapa kita dulu kan...bila masa belajar lah dapat rasa duduk rumah sewa bagai...admin mengaku bila admin belajar baru admin merasa duduk rumah sewa...dan merasa macam nak mengatur rumah sewa tersebut...agak mencabar bagi admin sebenar nya...



Tips Pertama
Pilih rumah yang SELESA, penuh dengan KEMUDAHAN dan DEKAT dengan tempat belajar...3 benda ni tersangat penting bagi pelajar...kemudahan tu meliputi banyak aspek..terutama nak print, makan, top up dan sebagai nya....kalau ada transport tak perlah kalau kemudahan tu jauh..kalau tak ada kena cari yang 3 ciri ini tadi...okk ada kekadang ruamh sewa tak bagi complete barang dalam rumah...kekadang katil tak bagi..almari tak bagi..kalau sewa murah dan korang pon ok jer nak duduk tapi dekat dengan kedai print makan dan semua nya better ambik jer...bukan senang nak dapat...


Tips Kedua
Okk kalau dekat rumah mesti ayah yang akan jadi ketua kira macam settel kan urusan rumah terutama bil elektrik air dan sebagai nya..LANTIK SEORANG KETUA yang ada pengakutan dan boleh dengar suara MAJORITY..ini penting sekiranya ada perbalahan atau ketidakpuasaan hati boleh mengadu dekat ketua dan berkumpul untuk menyelesaikan masalah...rasa tidak perlu untuk membuat keputusan sendiri....ini akan mengakibatkan kekecohan dan boleh terjadi pemusuhan yang tidak di inginkan...


Tips Ketiga
Perkongsian seperti bilik, bilik air, dapur, mesin basuh baju, ampai kain dan peti sejuk mestilah dengan secara bergilir gilir atau mufakat..bukan nye HAK MILIK KEKAL...sebab kebanyakkan admin tengok rumah sewa terutama rumah sewa perempuan baju kat ampai tu di biarkan jer selepas basuh dan sidai...tunggu dah tak ada baju kat dalam almari baru ambik baju yang di perlukan sahaja...agak agak lah kawan kawan serumah tu macam tak ada baju nak di basuh pulak...ingat orang belakang nak sidai kat maner...ada tu kekadang sampai kawan serumah kena tolong angkat kan baju kawan kat ampai sebab nak sidai baju dah taka da tempat..aduhai korang nie macam tak pernah tengok mak korang sidai baju pulak...kalau korang pernah tengok mak korang sidai baju pukul berapa mak korang sidai...dan bila mak korang akan baju tu...tipu lah mak korang biarkan baju sampai seminggu kat ampai kain...


Tips Keempat
Tolong lah jaga KESELAMATAN diri korang atau mana yang ada motor atau kereta tu jaga lah elok elok...ramai mata yang memandang takut ada yang menjadi sasaran jer...kunci tu jangan lah di sepah sepahkan...ni tak lepas pakai campak jer...adoiii haiii kot kot kecemasan meraba mencari kunci...kot admin jumpa orang macam nie...admin lempang jer...


Tips Kelima
Rumah sewa bukan tempat nak buat sesuka hati sebenar nya..nie admin nak cerita satu kisah nie...bukan lah admin nak buka kan aib orang nie tapi lebih kepada berwaspada dan ingat kan diri sendiri jugak....bila masa cuti tak kisah lah cuti apa dah sah sah yang mana jauh jauh tu akan nak balik dulu bukan...okk tolong lah ketua bagi setiap rumah nie pastikan rumah KOSONG dan SELAMAT untuk di tinggalkan..sebab pernah terjadi dekat kawan admin..kawan kawan dia semua dah balik rumah...dan ada sorang ni tak balik lagi...nak jadikan cerita budak nie ada yang punya..so lambat lah balik nyer kan..nak di jadikan cerita malam yang member member admin nie balik bf member admin nie datang rumah pada mula nya nak bersangka baik last last pintu dan tingkap ditutup dan tiada siapa di luar rumah...admin nie tanya member admin yang balik nie..ada sesiapa ker kat rumah..member admin kata ada sorang tak balik lagi, kenapa?? dan dan admin kata tak ada apa apa...bila semua dah balik ke rumah sewa baru admin berani tanya depan member admin yang lain...tolong ekk JAGA DIRI DAN KEHORMATAN DIRI SENDIRI...kot admin masa tu tak baik memang admin dan pecah masuk..tapi admin hormat siapa tuan rumah dan admin pon mengena kan kawan admin nie...sebab admin sendiri terfikir macam maner kalau benda tu terjadi kat admin..apa jadi dekat keluarga admin...TOLONG INGAT KELUARGA BILA DUDUK RUMAH SEWA...


Tips Keenam
kebanyakkan bahagian nie lah memasing tak nak ambil berat sangat iaitu KEBERSIHAN..maklumlah dekat rumah mak yang buang sampah...kekadang jer anak anak nie yang buang sampah..bagi admin jaga kebersihan nie sesama..bukan nya sorang jer..kalau tak nak buat jadual sekali pon sendiri boleh ingat kan...dapur kotor kemas lah...sampah buang...semua bagai...admin selalu dengr cerita ada diantara pelajar perempuan nie rajin masak...bagus lah jimat duit bila masa sendiri nie...tapi yang tak syok nyer..masak kekadang tu tak reti nak kemas..ada tu member housemate nie cerita bekas belacan mentah tu tak tutup rapat...pergghhh boleh sendiri imaginasi lah macam maner bau tu...sebab kekadang kalau mak admin nak masak sambal belacan pon admin kat dalam bilik boleh dok terbersin bersin apatah lagi macam tu punya keadaan...


Tips Ketujuh
Almaklum lah bila duduk rumah sewa nie nak jimat kan..bagi seorang pelajar bagi admin bahagian yang boleh jimat tu adalah AIR... ELEKTRIK tu tak boleh sangat sebab korang pakai laptop semua banyak benda korang nak kena charge everything so electric susah sikit...air memang korang senang...macam mane cara nya..basuh baju tu biarlah penuh 1 mesin...bukan nya baru 2-3 hari ko dah basuh baju lagi..padahal baju tu nipis dan hanya dalam 5-6 helai jer..membazir nama nya...jadi BERJIMAT CERMAT nie adalah penting sebab nanti bila datang bila ia akan di bahagi sama rata bukan nya ko guna lebih ko bayar...tak rasa kesian ker kat kawan yang lain kena bayar bil tu lebih pada hal dyrang tak guna pon...berfikir lah sikit...

Rumah sewa bukan lah rumah yang tiada undang undang seperti rumah yang kita duduki dengan keluarga...memang lah rumah keluarga kita tu apa pon tak boleh buat..tapi mesti ada sebab kenapa ibu bapa kita melarang....HORMAT MENGHORMATI apa yang kawan serumah boleh buat dan tidak..bukan main pakai dan jer...


Lagi satu ini khas untuk pelajar perempuan ekk kalau nak sidai baju tu...tak dalam dalam tu tak payah lah sidai sekali kat luar tu...jiran sekeliling tengok tak malu ker? sidai lah kat dalam bilik ker apa ker...nie tak sampai dalam dalam pon tayang sekali...tak malu ker? tolong BERFIKIR SIKIT lah..


Okk tu jer lah tips kali ini yang admin boleh share...nanti kalau ada lagi admin share lagi ekk...