Monday, 24 March 2014

Penamat MH370

Salam Takziah buat anak kapal terbang dan juga penumpang MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing yang sepatut nya sampai pada 8hb march yang lalu..


Seluruh masyrakat dunia menanti khabar dan juga berita tentang pesawat MH370 yang menjadi misteri sejak 8 March yang lalu...


Pelbagai teori dan pendapat yang dikeluarkan oleh ramai pihak dan juga tak kurang hebat nya yang membuat spekulasi sendiri tentang kejadian tersebut...


Hari demi hari menanti kan pesawat MH370 yang pada mula nya hilang dari radar dan terus tidak dapat di jejaki..kebanyakkan negara asing membantu dalam misi mencari dan juga menyelamat MH370..


Secara jujur nya admin sendiri menantikan berita dan juga maklumat yang disampaikan tentang pesawat yang hilang dari radar itu sejak 8 March ...



Dan pada hari ini, setelah masuk 16 hari kehilangan pesawat MH370 disahkan, perdana menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak membuat pengumuman di PWTC sebentar tadi yang mengatakan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di lautan Hindi berhampiran dengan Perth Australia..


Kita semua pastinya masih mengharapkan penjelasan lebih tepat mengenai berita pesawat ni. Sebab seperti yang dimaklumkan perdana menteri kita, penerbangan pesawat ini berakhir di lautan hindi. Agak masih kurang jelas sama ada pesawat itu benar-benar terhempas dan semua anak kapal dan penumpang tak dapat diselamatkan, atau ada perkara lain yang berlaku. Atau mungkin perdana menteri kita tidak menyebutkan 'terhempas' bagi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa.. 


Apa-apa pun pembaca sekalian.. Kita nantikan sidang media esok dan berharapkanlah bahawa persoalan kita semua akan terjawab. Mungkin pada luaran kita semua terpaksa percaya apa yang di sahkan. Tapi admin yakin dalam hati kita semua, ini tetap masih belum berakhir sehingga bangkai kapal, dan sebolehnya bukti yang tepat tentang kematian para penumpang ditemui. 


Admin faham.. Siapa pun kalau boleh tak mahu terima hakikat bahawa 239 manusia seperti kita, mati begitu sahaja. 



Sesungguhnya senjata yang paling berkuasa bagi orang-orang muslim, tidak lain adalah doa. Apa yang kita mampu lakukan cumalah berdoa agar Allah taala timbulkanlah mereka ini sungguhpun sudah tiada lagi, agak dapat kita semadikan mereka dengan sempurna. 


Ayuh kita semua doakan kesejahteraan semua ahli keluarga crew dan juga waris penumpang MH370 agar mereka semua diberikan kekuatan menerima hakikat yang amat berat ini. Kita doakan agar mangsa penerbangan pesawat MH370 diampunkan doa mereka oleh Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Pembaca-pembaca yang admin kasihi, kita semua tak tahu apa ang menanti kita dan apakan bentuk pemergian kita. Jadi kalau kita tak lupa mendoakan orang-orang yang telah pergi, mudah-mudahan bila tiba masa kita, tak ada yang melupakan kita. Kematian menjemput tak kira masa. Tidak sesaat cepat, dan tidak sesaat lambat.. 


انا لله وإنا اليه راجعون 
Salam takziah dan juga Al-Fatihah dari Lordnightpandemonium....

Who, dude?



Hahaha!!! Apa lagi..
Fikirlah sendiri wahai adik-adik admin yang bijak laksana.

Admin bukan tak menyokong hukum hudud..
Admin tahu ada eloknya, tapi kalau dah kerajaan tak nak laksanakan, apa kata korang buat je sendiri.

Dan dan teringat banyak lagi tanggungjawab lain korang belum settle kat family, tiba-tiba part potong tangan sibuk nak buat.

Kah Kah Kah!!!
















Saturday, 22 March 2014

Biazzzz

Gara-gara main facebook, suami isteri bergaduh, bercerai-berai.
Gara-gara main facebook, kawan baik bercakaran.
Gara-gara main facebook, macam-macam benda lah.

Sampai ada yang tak nak ada facebook kononnya takut terjadi benda-benda yang admin sebutkan tadi.

Ini semua poyo.

Macam mana pula dengan handphone?
Text sana sini, boleh juga jadi punca bergaduh sakan.
Tapi facebook saja yang disalahkan, yang diboikot.
Kenapa?

Hahaha fikir sendiri lah.
Orang melayu ni memang suka menumpang otak orang lain.
Orang kata facebook jahat, semua nak kata facebook jahat.
Padahal handphone yang boleh bawa ke mana-mana tu tak pula nak boikot. Tak gitu?

Alah macam lah kita dulu tak alami zaman MySpace yang dah hilang seri tu.
Tak ada pula puak-puak orang tua-tua yang baru nak join social network ni bising macam-macam.

Macam surat-menyurat pun tak boleh buat orang bercerai-berai?

Mesyuarat tingkap makcik-makcik yang tak ada kerjaya tu, lagi pulaknya..

Jadi tak payah nak tunjuk pandai..
Jangan nak di salahkan sesuatu medium tu.
Cara kita gunakan tu yang patut dijaga.

Kalau suami korang tak menggatal dekat facebook, dia menggatal kat tempat lain.
Hahahaa!!!


















Wednesday, 19 March 2014

Currency Pelik Nak Mati

Dulu popular cerita ni dekat facebook, blog-blog dan mana-mana pun.
Admin baca dulu sebenarnya dekat group email sebab masa admin join internet dulu, cuma ada myspace dengan friendster je.

Cerita pasal ni lah..
Yang polis terima dua report kecurian duit.
Kes pertama kecurian bernilai 10 ribu ringgit.
Kes kedua kecurian RM1.

Memang polis tu utamakan kes Rm10 ribu tu dulu lah kan. Kes macam lebih besar je.

Tapi kalau kita singkap balik kes tu, RM1 tu milik pengemis tua. Dan memang itu je duit yang dia tinggal untuk beli makanan.
Padahal RM10 ribu tu milik orang kaya kedekut yang tak pernah bersedekah.

Sekarang kes mana pula yang bunyi macam lebih besar?

HAHAHA!!! Fikir sendiri.

Point admin adalah.. Berdasarkan keadaan, nilai duit tu buleh jadi lain.
Tapi yang admin nak cerita bukan pasal dua orang pakcik yang hilang duit tu.
Admin cuma pelik macam mana 'keadaan' betul-betul boleh mengubah nilai wang pada mata kita.

Sebab tak payah nak tunggu kes RM10 ribu kena curi pun
Dalam kehidupan kita sendiri pun alami kejadian pelik ni.

Bila RM1 hilang dari poket, cicir ke apa..
"Tak apa lah.. Seringgit je. Sedekah jelah kat siapa-siapa yang jumpa."
Malaikat catat tu.. Baiknya hati dia..

Tapi bila kredit telefon hilang seringgit..
Babi yang tengah seronok berkubang pun boleh tersedak air liur.
"Sapa sebut nama aku ni!!"
"Alah, sabarlah bang.. Dah nasib kita ni jadi babi.. Siapa pun buat jahat, kita jugak disalahkan. Nah, minum air ni.. Krokk!! Krokk!!"




Itu je admin nak cerita.
Sekian.













.


Ahmad Ammar Ahmad Azam

Admin memang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam secara mendalam...tetapi kisah Ammar buat admin nak baca siapa dia...admin sanggup pergi pusing 1 kedai buku semata mata nak mencari buku cerita cinta ahmad ammar nie...


almarhum Ammar menghembuskan nafas terakhir pada 2 November 2013 dan di semadikan pada 4 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H...jasad Ammar di kebumikan juga di Turki di perkuburan Eyub Sultan di antara sabahat Nabi Muhammad..




bila admin balik dan baca cerita dia membuat kan admin begitu kagum dan tak tahu lah macam mana nak ungkap kan perasaan tersebut..


Ammar di 'jemput' pada usia yang muda pada 21 tahun...dan pada admin selepas  baca cerita pasal Ahamd Ammar ini admin tahu dan semua orang tahu Ahmad Ammar bukan lah calang calang orang dan Dia begitu Istimewa sekali....Ammar juga adalah rakyat Malaysia yang pertama di kebumikan di tanah yang mulia di Turki...memang ammar seorang yang istimewa...



Meh sini admin cerita sedikit pasal Ahmad Ammar bagi yang belum dapat kan lagi buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" nie...

 Ahmad Ammar mendapat pendidikan awal di SERI ABIM Al-Huda selama enam tahun selepas itu melanjutkan pengajian ke Sekolah Agama Menangah Bestari (SAMBEST) untuk tingkatan 1 hingga 3...selepas PMR beliau ke Maktab Tentera DiRaja (RMC) untuk pengajian tingakatan 4 dan 5...Ahmad Ammar juga adalah pelajar terbaik kedua SPM di RMC...selepas itu ibu dan bapa Ahmad Ammar menghantar ke Turki untuk menyambung pengajian di Unoversiti Marmara untuk peringkat lebih tinggi...

Ahmad Ammar telah di pilih untuk menterjemahkan sari kata sebuah cerita dari Turki "Pride & Love"..

selain itu juga Ahmad Ammar selalu melibat kan diri di dalam aktiviti kemanusian di Kemboja dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM)..selain di Kemboja beliau turut membantu masyarakat Rohingya dan juga ke Padang Indonesia..Ahmad Ammar juga pernah mengikuti aktiviti kemanusian di Syria..

dan pada 2 November 2013 Ahmad Ammar telah di langgar sebuah ambulance ketika menyeberangi jalan dan meniggal dunia...



Kehilangan Ahmad Amar menyentap hati seluruh muslimin dan muslimat di dunia...semua orang berasa kehilangan seorang insan yang begitu istimewa..


seluruh alam menyaksikan pemergian nya Ahmad Ammar dan seluruh alam bersedih dengan kehilangannya Ahmad Ammar....




antara quota yang menarik dari Ahmad Ammar bila admin baca ialah..

"DUNIA BIARLAH BERPENAT 
AKHIRAT TEMPAT AKU BEREHAT" 
Perjuangan yang belum selesai.....


korang yang masih tak tahu pasal Ahmad Ammar ni dan nak tahu korang boleh cari buku dia kat MPH ke popular ker cari cepat sebelum kehabisan stock...dan apa yang admin tahu buku nie best seller kat MPH dan popular..sepanjang tahun 2014 dah 3 kali cetakkan....mungkin admin dapat dah cetakkan ke-3 mungkin..korang masih belum terlambat untuk baca cerita Ahmad Ammar...sediakan tisu...kuatkan diri dulu sebelum baca pasal Ahmad Ammar..


AL-FATIHAH BUAT AHMAD AMMAR..
KAU PENCENTUS ANAK MUDA UNTUK MENJADI SEPERTI DIRI KAU
KAU MEMULAKAN LANGKAH DAN MEMBERI RUANG KEPADA YANG LAIN UNTUK MENJEJAKI SEPERTI KAU AHMAD AMMAR
DAMAI LAH KAU DI SANA AHMAD AMMAR




Tuesday, 18 March 2014

Bro Before Hoe

Seperti sedia maklum.. Kita semua selalu dengar pasal isu ni.
Pasal bila mamat tu ada awek, terus lupa member.

Ajak lepak je, tak free. Nak dating dengan awek.
Ada kes kadang-kadang tu sampai awek dia buat jahat belakang dia, member dia yang tolong bagitahu ni pulak yang di marahnya.

Ish.. Ish.. Ish..

Jangan macam tu..
Siasat elok-elok.
Tak semestinya yang lawa, cantik, comel molek tu baik.

Dan admin pun tak kata lah yang member tu selalu betul.
Itulah gunanya akal dan minda kita ni untuk bezakan yang baik dengan buruk.

Tapi.. Ini bukanlah topik penuh admin pada kali ini.

Admin agak kurang puas hati dengan kawan-kawan yang duk pakai alasan macam ni bila nak dapat perhatian lebih.
"Bro before hoe, derr!!"

Bro before hoe. Not bro over girlfriend.
Kalau dah so-called kawan baik kau pun suka-suka panggil girldfriend kau hoe, fuhhh...
Fikir sendiri lah abang-abang sekalian..

Dan sebagai member tu, agak-agak lah.. Kalau masa kau kenal dengan dia, diorang memang dah couple, jelas-jelas girlfriend dia kenal dia dulu. Tak payah lah nak tunjuk bijak macam kau tahu lebih kan?

Tak tahu lah lelaki lain macam mana..
Tapi kalau admin lah, admin memang tak suka orang memandai-mandai pasal pasangan admin.
Lagi-lagi kalau admin baru je kenal dia. Padahal admin dah lama kenal pasangan admin.
Takkan lah sebab jumpa kawan baru, nak tinggal awek semata-mata 'Bro before hoe'.

Ini dah kes terbalik.

Jadi di sini, admin nak ajak abang-abang tampan dan awek-awek comel juga..
Pandai-pandai lah bahagikan masa untuk kawan-kawan, pasangan dan keluarga.

Walaupun nak ikutkan hidup kita ni untuk keluarga.
Pilih untuk ada kawan-kawan, kena lah bahagikan.
Pilih untuk ada girlfriend, ada boyfriend, dah kena bahagi tiga.

So, jangan lah berat sebelah.
Melainkan untuk kes yang admin cakap tadi..
Kalau baru kenal kawan tu sebulan dua, tak payah lah nak lebih-lebihkan daripada pasangan yang dah kenal setahun dua, semata-mata nak tunjuk bagus.

Hahahaa!!!
Tapi janganlah ini menjadi modal penuh kepada awek-awek nak menang mudah.
Jangan ingat perempuan tak buat macam ni pula.
Lebihkan kawan baru daripada boyfriend, atau lebihkan boyfriend baru daripada kawan yang dah lama kenal.

Entri ni bukan berat sebelah ye, adik-adik admin..
Admin cuma ceritakan di sisi lelaki je.
Hakikatnya benda ni umum pun terjadi.

Macam admin selalu cakap..
Masing-masing dah besar, dah pandai..
Fikir sendiri.

Babai.


















Tips Hilangkan Mengantok Di Tempat Kerja

Admin sekarang tengah praktikal...jadi kebanyakkan nya duduk di dalam pejabat lah..jadi bila malam sibuk dok buat entry jadi sah sah tidur lambat...jadi bila tidur lambat bangun pagi tak ada masalah boleh bangun..cuma bila dah masuk dalam pukul 9.++ tu mestilah rasa mengantok...lepas pagi rasa mengantok nie tengah hari pulak lepas rehat ataupon lebih tepat lepas makan tengah hari...waktu rehat dah bantai 1 pinggan nasi berlauk...huurmm apa lagi mata pon kuyu jer bila menjelang pukul 2 ke 3 petang tu...



Ok kat sini admin nak bagi tips hilangkan mengantok...


Tips Pertama
BERGERAK...sekiranya tempat duduk korang statik cuma berjalan atau bangun buat senaman sekejap...


Tips Kedua
CUCI TANGAN atau MUKA.... nie kes memang nak fresh terus...pergi lah ke tandas untuk melakukan...


Tips Ketiga
TAKE 5...rehat kan diri korang dari buat kerja...pergi lah ke pantry untuk mencari kudapan atau minuman yang menyegar kan...


Tips Keempat
Tips nie kalau rasa rasa boleh segar buat lah...tips PERGI KACAU KAWAN SEKERJA...kenapa cakap macam tu pulak sebab kot kot kawan korang tu tengah series memang kau dapat pelangkong dari dia..huhuuhu


Tips Kelima
Tips kelima nie kalau semua buat tu tak jadi jugak TIDUR jer lah jawab nya...dah tak ada cara lain dah...itu jer jalan yang boleh buat...tapi kena pandai pandai cover lah kalau bos datang ke apa...


Tips Keenam
Buat yang muslimin PERGILAH MENGAMBIL WUDUK mungkin dengan cara itu dapat mengurangkan lagi rasa mengantok sewaktu berkerja...

Okk itu jer tips yang admin nak bagi kali ini nanti admin post lagi kalau ada tips yang lebih menarik dan semua orang memerlukan...





Monday, 17 March 2014

banyakcerita


Semua orang tau Cinderella.
Perempuan malang yang kena dera jadi orang gaji dekat rumah sendiri.
Satu hari dia jumpa prince charming, kahwin, and live happily ever after.
The end.

Tapi tanpa kita tahu.. Lepas kahwin, Cinderella mengandung.
Sebab dia dah biasa buat kerja rumah, dia pun duk kemas-kemas istana tu.
Satu hari dia tergelincir dan jatuh.

Kandungan dia gugur.

Lepas pada insiden tu, Cinderella tak pernah mengandung lagi.
Raja yang dah tua tu takut dia tak sempat dapat cucu sebelum dia pergi, jadi dia dengan berat hati suruh anak dia kahwin lain wlaaupun dia sayang bebenor dengan Cinderella.

Jadi putera tu pun kahwin lain dan dapat anak.

Malangnya Cinderella telah hilang serinya dalam istana tu.
Kadang-kadang macam tak wujud pun.
Akhirnya dia kembali jadi orang gaji di rumah tu sebab putera dah lose interest dekat dia.



Betul ke cerita ni?

Mana lah kita nak tahu.
Sebab apa?
The story has ended.

Mana ada cerita tamat lepas orang kahwin eventually.
Lepas kahwin, mana tahu dia ada isu dengan suami dia dan lepas tu bercerai.
Mana kita tahu. Sebab cerita dah tamat.

So, that is not the end of the story.
It's just the end of what we know about them.
There is no end in a story.

Macam kita tahu.. Movie semua nampak indah.
Kalau cerita sedih pun, tak pun cerita seram, takkan lah sedih sampai ke sudah.
Mesti ada happy sikit dalam hidup lepas 'the end of the story'.

Kadang-kadang admin fikir, maybe the end of our story is when we died.
Tapi tak juga.
When we are dead, a new 'life' starts.
Dan itu pun ever after.
Jadi kiranya tak ada pengakhiran pun.

No happy ending.. No sad ending.
Because there's a lot more coming for you after that.

Hidup mesti tenang.
Ada problem pun tenang. Nak gelabah buat apa.
Nak mati? Tenang.. Takut pun tak ada guna. Hadap je.
Benda nak jadi, jadi jugak,

Admin ni dah macam ajar korang benda sesat pulak.

Bukan macam tu..
Cuma nak bagi korang ingat.
Masa hidup ni buat elok-elok. Ada problem pun tak kemana. Esok-esok lepas juga.

Kalau kau rasa masalah kau tu yang paling besar, paling berat..
Percayalah.. Ada orang masalah lebih besar dari ni.
Lagi berat.
Tapi mungkin orang tak tahu.

Sebab apa?
Sebab dia tak mengeluh dan TENANG.
Tenang tu penting. Percaya lah.
Sampai satu masa kau dah pandai bertenang, Kau akan nampak betapa bodohnya diri kau masa asik menggelabah dulu. Padahal tak ada apa pun.
















waffles

Siapa dekat sini suka makan waffles???

Mesti ramai kan...admin pon suka makan waffles...dulu suka beli jer...sebab alasan tak ada waffles maker kat rumah....hah hari tu mak beli waffles maker...mak cakap buat jangan nak dok beli jer.....


So hari ahad before admin balik ke ipoh admin dan adik beradik buatlah waffle...


Bahan bahan nak buat waffles nie tak ada lah susah sangat sebenar nya...cuma biasalah manusia nie penuh dengan kemalasan.... so nie dia bahan bahan nak buat waffles...


2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
2 sudu kecil yis..
3 sudu besar minyak or butter yang di cairkan.
1 sudu besar gula
1 sudu besar esen vanila..
1 biji telur..
sedikit garam
air suam secukup nya


okk bancuh semua bahan kat atas tu ..then kena perap kejap..bagi kembang kalau tak nanti jadi dy tak naik masa masak kat waffles...bahan tu tak yah lah cair sangat..agak agak bancuhan macam kat tempat korang beli tu sudah lah...macam tak pernah beli dan makan kan...


Untuk topping hurrmm dekat sini sukahati korang lah nak letak apa...kalau korang nak makan dengan sambal tumis pon boleh...nak makan dengan ice cream ker chocolate nuttela ker aper ker suka hati leww...


okk tu apa yang admin dah cuba dan makan..home made..nanti kalau admin ada mood memasak nanti admin pos lagi ekk...


Saturday, 15 March 2014

T.E.C

Apa kejadahnya ini >>TEC<<

Ini lah dia. Satu lagi pesen orang berniaga pakai nama agama.
Admin malas lah nak bebel pasal ni panjang-panjang, sebab admin dah buat hari tu..
(counter)clockwise

Tapi korang fikir lah sendiri.

Admin cuma fikir satu hal je.
Apa yang dia cuba buktikan dekat sini?
Admin bukanlah nak menolak usul kejadian alam segala.
Tapi cara mereka tu macam tak sesuai.

Member admin pernah cakap benda ni dulu.. Agak menyedarkan admin juga.
Jadi admin nak share lah..

Rasanya korang semua pernah kan tengok video orang arab yang solat atas teksi tu.
Banyak lagi lah tempat diorang ni solat. Tepi jalan, tepi pantai..
Rasanya hampir satu dunia agak sedia maklum yang orang-orang islam ni agak fanatik tak tentu arah.
Macam tak boleh lah nak cari tempat proper nak solat kan?
Perlu ke? Dah macam nak menunjuk tak tentu arah.

So ini lah yang member admin cakap..
Just because kita tak nak orang fikir kita macam tu, then kita tak buat?
Contohnya kalau lumba lari. Perempuan akan pakai baju singlet, seluar pendek.
Tapi perempuan arab pakai lengan panjang dengan tudung semua.

Orang akan fikir, kerja mengarut ni.
Tapi just because dia tak nak orang fikir dia macam tu, does it mean dia kena pakai singlet juga?

Macam admin cakap hari tu.. Betul atau tidak benda ini berfungsi, wallahualam.. Mana lah admin tahu kan..
Cuma kalau nak berniaga, janganlah nak batak sangat siap pakai nama agama segala..
Tak salah nak bagi orang islam sedunia sentiasa ingat agama.
Tak salah juga nak bagi orang-orang bukan islam kenal agama kita dan rasa manfaatnya.

Tapi cara ni, tak kena sangat dah.


















Friday, 14 March 2014

Tips Memilih Tempat Untuk Melancong

Nie admin nak bagi tahu pasal tips nak pilih tempat nak melancong...apa yang admin tahu rakyat malaysia nie suka sangat keluar melancong sama ada dalam atau luar negara...



Pernah dengar pasal Matta Fair? sekiranya nya pernah mesti korang semua tahu apa itu Matta Fair...bagi yang tak tahu meh sini admin terangkan...matta fair adalah satu tempat dimana kebanyakkan ejen pelancongan akan berkumpul dan membuat promosi pasal package yang ditawarkan kepada para pelancong...admin selalu pergi terjah matta fair tak kira lah admin kat mana masa tersebut di ipoh ke di seremban ke mesti admin akan terjah...kenapa admin terjah?sebab admin adalah kaki melancong...hehehehe



Untuk memilih tempat untuk melancong di matta fair nie kita kena bijak..kenapa admin cakap macam tu..

Yang Pertama
PILIH TEMPAT kemana hendak pergi...sebab di matta fair nie pakai booth..setiap booth adalah ejen dan juga company pelancongan yang berbeza...dan bila dah berbeza dah sah sah package yang di tawarkan juga adalah berbeza...


Yang Kedua
TETAPKAN MATLAMAT..bila korang pergi ke matta fair korang akan jadi rambang mata..bukan setakat korang shopping jer jadi rambang nak pergi pilih package pelancongan nie pon boleh jadi rambang...kenapa..sebab harga yang ditawarkan adalah berbeza bila walk-in di hotel..


Yang Ketiga
KUMPUL SEMUA RISALAH...apa sahaja risalah yang diberi ambil sahaja..jangan lah menolak...sama ada berguna untuk sekarang ataupon lain kali....


Yang Keempat
BUAT PERBANDINGAN antara company travel yang lain...ambil yang paling murah supaya boleh di cut cost untuk yang lain....


Yang Kelima
JANGAN MEMILIH SEKIRANYA ITU TERMAMPU...takkan nak pergi berjalan dalam keadaan berhutang mesti korang akan rasa resah dan gelisah...jadi sekiranya mampu untuk badget tersebut jangan mengeluh tahun depan boleh kumpul lagi duit dan pergi ke package yang lebih nilai nya



Itu je tips dari admin utnuk korang yang kaki melancong dan rajin 'usha' di matta fair...nie ntah berapa kali dah admin pergi terjah di matta fair untuk mencari pakcge pelancongan yang berbaloi dan tak dapat harga semasa walk-in cuma kena rajin pergi redah dengan keadaan orang ramai jer...




Thursday, 13 March 2014

Jerebu

Sekarang ini musim jerebu semakin teruk di kawasan Lembah Klang jadi kepada sesiapa yang berada di kawasan sekitar jaga kesihatan dan kurang kan aktiviti di luar rumah...kalau perkara tu tak penting tak payah keluar...kalau penting sangat baru lah keluar itu pon sila lah pakai mask..untuk tapis perudaraan di luar kawasan rumah...



Nie admin nak pesan nie..dari musim kemarau lagi admin dah pesan minum air kosong banyak banyak...supaya bibir tak kering...kalau tak selasa minum air kosong..minum lah air kosong sejuk...mungkin itu lebih sedap dari air kosong jer...admin kekadang tengah malam tengah syok tidur pon bangun pergi cari air dalam peti sejuk..lepas tu sambung balik tidur..



Okk berkenan dengan musim jerebu nie ada kaitan dengan musim kemarau yang tengah berlaku di malaysia nie...masa admin nak balik ke ipoh semula pada hari ahad..di highway elite lepas sahaja exit KLIA menghala ke utara dekat juga dengan kawasan R&R Dengkil arah utara juga ada kebakaran hutan dengan kecekapan bomba di malaysia dapat mengawal keadaan cuma jalan raya berjerebu dan ini agak merbahaya juga kepada pemandu pemadu kenderaan sebab tak dapat mengagak jarak dan juga bahaya dihadapan...



Jadi kepada orang ramai kurangkan aktiviti di luar rumah dan jaga kesihatan diri dan minum air banyak banyak...tak kisah lah nak minum air sejuk ke air suam ke apa ke...janji minum air..jangan sampai bibir dah kering baru nak minum air...dan juga kerap basuh muka dan kawasan kulit yang terdedah dengan keadaan jerebu dengan air...dengan kata lebih senang dan faham kerap mandi lah...hehehe...okk tu jer dari admin semoga kita bertemu lagi..hehehe

Ya Soshla S Uma

Siapa ready nak kembali ke masa silam..
Sila klik sini -----> >>Sini la<<<

Well, basically video ni pasal both of them making out. Dalam hujan, depan orang yang agak ramai.
Agak susah nak faham maksud video tu.
Peminat-peminat t.A.T.u jangan marah..
Admin bukan nak condemn kali ni. Admin pun minat diorang per. Hahaha..
Cuma nak cerita sikit pasal t.A.T.u bagi sesiapa yang tak tahu sangat. Tu je.

So t.A.T.u adalah sebuah kumpulan berasal dari Rusia dan dianggotai dua orang awek hot, Lena Katina dan Yulia (Julia) Volkova.
Yang ginger tu Lena Katina, yang rambut pendek tu Yulia Volkova.
Tergoda tak tengok? Aumm!

Hahaha.. Nak cerita part penting ni..
Lesbianism.

Maaf kerana merosakkan imaginasi korang.. Tapi mereka bukan lah pasangan lesbian.
Totally straight!

Yulia akhirnya mengishtiharkan pregnancy dia beberapa tahun lepas lagu tu meletup besar-besar.
Secara tak langsung dah meng-kantoikan ke-tidak-lesbian-an mereka.
Walaupun secara teknikalnya diorang tak pernah pun mengaku yang diorang in relationship.
Yulia dan Katina, kedua-duanya memang menyokong LGBT, tapi diorang cuma buat aksi-aksi songsang tu untuk tarikan media je. Tapi macam admin cakap tadilah, secara teknikalnya diorang tak pun cakap apa-apa. Orang je yang terus cop diorang lesbian.

Admin cuma terkejut sikit lah bila dapat tahu info sikit pasal lagu ni.
Admin betul-betul ingat suara lembut yang first-first tu Katina yang nyanyi.
Rupa-rupanya Yulia!
Yelah, kita mesti akan jangka Yulia tu yang macam manly sikit kan.
Tapi tengok-tengok dia yang pregnant dulu pun.

Diorang ada juga banyak lagu lain, tapi lagu ni lah yang meletup.
Maksud lagu ni pun tak lah susah nak faham.
Jangan letak dalam side lesbian, memang confuse sikit.
Letak macam lagu-lagu cinta yang biasa je.

Ohh.. Apa-apa pun..
Ya Soshla S Uma = I've lost my mind
















Tuesday, 11 March 2014

cerpen : itik

"Ish.. Panas lah babe.. Berminyak-minyak dah muka I. Jom pergi toilet." Kata Yana pada satu petang sewaktu sedang menjual muka di tepi Pavilion.

"Ok, jom.. I pun nak tacap-tacap ni." Jawab Zaiton sambil memalsukan lenggang lenggok bodynya yang takde cutting tu, mengekori langkah Yana. Dia sendiri sudah bosan melepak di depan Pavilion ni ajet-ajet cool.

Mungkin setelah lama menjaja maruah, dia akhirnya give-up lantaran tak ada langsung indon nak ajak bercomolot depan Pavilion nan indah tu. Untung-untung masuk youtube, merasa nak femes. Ohh, bahagianya...

Terbayang jelas di mindanya sewaktu dia mengangkat piala kemenangan ABPBH kategori 'Video Viral Paling Popular'.

"Mak.. Eton menang mak.. Tak sia-sia Eton gadaikan maruah demi populariti.. Ohh banggo eh omak den.."

"Kau dah kenape, Zetty? Terlambai-lambai.. Dah gila ke?" Suara Yana mematahkan angan-angan Zaiton.

Zaiton yang baru tersedar dari lamunan menurunkan tangannya yang sebentar tadi dilanbai-lambaikan persis gaya annoying kanak-kanak universiti cekik darah menyanyikan lagu 'Diamond of The world'.

"Apa yang you terkial-kial lagi tu Zetty? Cepatlah amik gambar I ni. Nak patah pinggang I menonggek ni ha.." Yana menghulurkan telefon bimbitnya sambil berposing maut di depan cermin.

Ka-Chak! Ka-Chak! Ka-Chak!

Puluhan gambar menggiur Yana kini tersimpan di dalam iPhone miliknya yang dibeli hasil memujuk rayu Ishmael, pelajar international di universiti terkemuka kuala lumpur, juga merupakan salah seorang spare-part nya.

Sekelip mata sahaja dengan teknologi yang terlebih canggih di zaman kini, gambar-gambar posing maut Yana telah dia muat naik di laman sosial Facebook.

"Hahh.. Malam ni mesti berduyun like Iolls dapat noks.."

"Dah lah, I dah penat la. Jom lah balik.." Yana menghabiskan tepekkan terakhir di mukanya.

Dia dalam perjalanan pulang, mereka disapa beberapa jejaka tampan. Apa lagi, menggelitik lah mereka berdua. Termakan dengan pujuk rayu dan ayat-ayat power bak teruna-teruna Lombok, ditambah dengan fitrah materialistik yang telah tertanam di dalam jiwa mereka sejak azali lagi, mereka akhirnya melabuhkan punggung di seat belakang Mazda RX5 milik salah seorang pemuda itu. Bangga terasa, dapat naik kereta mewah.

Sudah hampir 24jam. Kelibat mereka berdua masih belum kelihatan di mana-mana. Mata ibu Yana basah lencun seharian menangisi kehilangan anak gadisnya.

"Macam mana ni Angah.. Akak kau tak balik-balik.. Hati mak tak sedap ni nak.." Untuk kesekian kalinya ibu Yana menghembuskan hingus di tisu dan kembali teresak-esak.

"Tak tahu lah ibu. Puas dah angah cari sana-sini tak jumpa pun akak. Mana lah dia pergi." Husin menggaru-garu kepalanya kemudian menyarungkan topi keledar. "Nak masuk 24jam dah ni. Husin pergi report polis dulu lah."

"Ada kau bawa gambar kakak kau?" Soal Mak Teh yang dari semalam setia berada di sisi ibu mereka.

"Ada Mak Teh.. Polis minta gambar terbaru. Zaman ni mana lah nak simpan gambar dalam album lagi. Jadi Husin ambil je lah mana-mana gambar kakak yang Husin jumpa dalam facebook dia. Nak cari lain takut tak sempat pula, apa yang ada je lah Mak Teh."

"Bagus pesbuk ni ye.." Kata Mak Teh sebelum Husin start enjin motor dan berlalu pergi.



Demikian itulah wajah manusia bertopengkan itik yang berposing seksi dalam tandas disiarkan di kaca televisyen bagi menjejaki kehilangannya.














*agak-agak kalau kita hilang, gambar mana lah yang family kita bagi dekat polis ye..
let that sink for a while..










Monday, 10 March 2014

MasihHilang

Kesian betul admin tengok family penumpang pesawat yang hilang tu.
Mengangis-nangis dalam berita.

Macam yang kita semua tahu, MH370 tu hilang macam tu je.
Tak ada tanda terhempas atau apa-apa.
Memang pelik gila la kan.
Dah la masa dia hilang tu boleh kata tak jauh mana pun lagi.

Tapi macam biasa.. LordNightPandemonium takkan bagi intisari yang korang boleh dapat dalam blog lain.

Jadi admin nak tanya ni..
Siapa dah baca buku Kasyaf terbitan FIXI?

Admin dah baca.
Meremang juga bulu-bula badan admin bila tengok kes MH370 ni.
Memang faktab kepala bila fikir.
Jadi siapa nak rasa benda sama dan agak-agak nak teka sendiri macam mana boleh jadi macam tu, sila berkejar ke MPH terdekat dan beli buku Kasyaf tu.

Admin bukan nak kata kes ni alami serangan yang sama.
Cuma nak bagitahu, itulah yang admin terfikir dalam kelapa.
Ada yang duk kata ni gara-gara filem Non-Stop.
Admin pun tak tengok lagi.

Yela, mungkin lah pesawat ni kena hijack, manalah kita tahu.
Cuma macam yang sedia maklum, janganlah nak memandai-mandai itu ini pasal kes ni.
Biar je pihak bertanggungjawab buat kerja diorang.
Tak payah nak sibuk mengajar.

Terus-terang kalau admin, tak heran pun sebenarnya nak cari balik MH370 tu.
Tapi tengok suma duk pening-pening fikir jalan nak cari balik.
Jadi sebenarnya diorang semua tengah cuba sebaik boleh nak dapatkan balik mereka yang hilang tu.
Sebab diorang bukan hati kontang macam admin. Jadi jangan nak sibuk-sibuk masuk campur macam bijak sangat.

Bagi yang kata macam-macam pasal MAS tu, tak boleh cakap macam tu derr..
Benda nak jadi. Ustazah kau terlepas silibus Qada Qadar ke kat sekolah dulu?

Admin agak terharu lah tengok negara-negara luar yang turut tolong cari diorang semua.
Admin tak lah yakin sangat boleh jumpa sebenarnya. Mungkin boleh.. Cuma sekarang otak admin tengah penuh dengan teori kesan buku Kasyaf tu.

So sebagai saudara sesama islam.. Bukan islam sekali pun..
Since kita tak mampu nak buat apa-apa, tak lain kita cuma mampu doakan keselamatan mereka.

#prayforMH370 pun ye juga. Tapi #pray5timesaday jangan buat-buat lupa..
















Berjimat cermat

Di kala ekonomi sedang berkembang pesat ini...kita semua di galakkan dengan berjimat...apa sahaja yang boleh di cut kos kan kita semua akan buat...demi menjana ekonomi yang sedia ada...


Walau admin hanya pelajar...dan semua keperluan admin di sediakan ibu dan bapa admin sendiri..bukan sedikit sebanyak...tetapi sebanyak sedikit admin turut merasai bertapa kecil nya "duit" yang kita miliki sekarang...sebagai contoh..baru baru ni admin ada beli barang...di kedai berhampiran kawasan rumah admin..ibu admin bagi RM 50...admin cuma beli 4 item sahaja...coklat nutella, susu segar, kaya dan juga ice krim... nak tahu berapa balance RM 25 admin pulang kepada ibu admin semula...4 barang jer admin beli...



Okk kat sini admin nak bagi tips kalau nak berjalan dengan kawan kawan...nak tahu apa tips dia...


Tips Pertama
Pilih destinasi yang tidak memelukan kewangan yang banyak..supaya nanti kita tak perlu lah call penjaga kita mintak bank in duit...pergi lah ke pulau pulau peranginan seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian...buat aktiviti riadah.jangan buat aktiviti shopping..ke laut itu semua...sebab nanti kita kena fikir nanti nak balik macam maner dan nak makan apa...


Tips Kedua
Buat perjalanan...tetapkan beberapa hari nak pergi ke sesuatu destinasi...contoh kalau nak pergi ke Pulau Kapas misal nya...paling lama admin bagi jaminan boleh duduk kat situ 4 hari 3 malam...sebab lama lama nanti bosan pulak...


Tips Ketiga
Sila bawa makanan sendiri...kalau pergi pulau atau berjalan jalan dengan kawan kawan nak jimat bawak bekalan dari rumah misalnya maggi ke biskut ke dan apa apa makanan keperluan anda...


Tips Keempat
Berjimat ketika berjalan...supaya kita tak terlebih belanja..buat perbenlajaan dengan cara berhemah...tentukan kehendak atau keperluan...dekat sini kena berhati hati...kena fikir mana satu nafsu atau tidak...jangan ikot hati nanti mati...


Itu jer lah tips dari admin kali ini...mungkin tips ini sesuai untuk melancong ke Pulau pulau di Malaysia...KECUALI PULAU LANGKAWI..kenapa admin caps lock kat pulau langkawi...sebab DI LANGKAWI ANDA TIDAK BOLEH BERJIMAT SEMUA YANG NAMPAK ADA KEINGINAN..kenapa admin cakap macam ni..sebab nanti kalau tak beli confirm akan ada yang berkata "menyesal aku tak beli yang itu..kat sini mahal.." itu kalau yang ada hajat... kalau dah balik dari langkawi... "habis dah duit aku pergi shopping kat langkawi...ntah apa apa barang ntah aku beli.." tak caya cuba pergi sendiri TANPA KELUARGA... pada admin Pulau Langkawi adalah satu satunya pulau yang kena pergi dengan keluarga...tak boleh kalau pergi dengan kawan kawan jer..nanti confirm ada yang tak keluar dari Pulau langkawi sebab tak ada duit nak beli tiket feri...



Okk itu jerlah dari admin untuk semua...nanti admin akan kongsi tips tips penjimatan ketika bercuti lagi...

Friday, 7 March 2014

yoloabahkaula

Dunia sosial kita sekarang dah agak kurang privasi nya sejak kemunculan Facebook.
Sebab apa?
Sebab atok umur 90 tahun pun boleh ada Facebook lagi sekarang.
Jadi tak lain tak bukan, mak-mak dan ayah-ayah kita (bagi yang banyak mak ayah) memang akhirnya dah jumpa cara terbaik untuk stalk anak-anak depa.
Tahniah mak ayah!

Mungkin sekarang cuma twitter yang tinggal sebagai satu-satunya tempat mencarut bagi kita.

Tapi itu bukan lah isu yang admin nak ceritakan di sisni.
Bosan kot!

Apa yang admin nak ceritakan adalah..
Apa kes budak-budak sekolah dan university sekarang ni suka sangat post benda-benda yang menyakitkan mak ayah.
Lagi sekali, admin tak nak cerita pasal perangai-perangai sosial budak-budak.
Setakat kes cium kaki awek, toreh-toreh tangan..
Banyak lagi blog lain boleh cerita.

Yang buat admin sakit mata adalah post-post budak-budak pemalas macam ni..

"Pehh time jawab exam addmath tadi aku tido. Hahaha!!! Susah kot addmath. Konfem fail punya.
#exam #lazy #fuckaddmath #jawatankosongmcd"

"Hahaha assignment banyak gile. Malas aku nak buat. Wayang time!! Woohooo!!!"

"Its not about studying. Its about enjoying life. #YOLO"



Hahh paham lah apa yang admin nak cakap ni.
Malas nak membebel panjang. Pikir sendiri lah dah besar panjang.

Macam mana perasaan mak ayah baca benda macam tu yang anak dia buat sedangkan dia sibuk bekerja cari duit nak hantar belajar.

Kadang-kadang admin cuak tengok member-member admin yang duk post benda-benda berbaur begini dekat facebook. Nak-nak pulak mak admin kenal diorang, dah tentu ada dalam friendlist. Sepupu-sepupu admin tak terkecuali lah tu. Kategori budak-budak pemalas kecik-kecik tak nak mampos.

Kalau tak fikir hati perut, memang admin dah bahasakan je.
Boleh tak kau berhenti post benda-benda yang buat mak aku risau. Kau tak sayang mak kau, kau punya pasal.
Yelah, naluri manusia kan.. Suka fikir benda buruk dulu.
Kalau mak ayah admin dah ternampak budak-budak spesis macam ni, tak banyak, sedikit mesti ada risau dalam hati diorang, "Anak aku belajar tak kat sana."

Jadi adik-adik..
Marilah kita hentikan trend yang snagat tak cool ni.
Seronok sangat ke biar orang tahu kau kaki perabis duit mak bapak tapi belajar malas nak mampos.

















Thursday, 6 March 2014

Kisah sedih

Nie admin nak cerita ada 1 kisah nie....


Dia nie belajar lagi, lagi pon dia nie tak duduk dalam (asrama) jadi kena menyewa...jadi dia menyewa ramai ramai dengan kawan kawan dia yang lain...dari 1 hari ke 1 hari...jurang diantara dia dan kawan kawan semakin renggang...bila dia ke depan tengok tv kawan kawan dia semua masuk bilik...dan bila dia ke bilik kawan kawan dia semua lepak kat depan tv...



Ada sekali tu kawan kawan dia planning nak pergi jalan jalan...depan depan dia kawan dia tu pergi panggil kawan dia lagi sorang untuk berbincang perjalanan  dan aktiviti nanti...dia hanya tahu kawan dia nak pergi jalan...jadi dia ditinggal kan di rumah sewa tanpa ada seorang kawan menemani dia di rumah...dia berasa sedih sangat....



Kawan kawan dia yang lain keluar bukan nak mengajak dia...dia sedar dia tidak mempunyai lesen dan juga kenderaan nak keluar berjalan...hanya mengharap belas ehsan kawan kawan 1 rumah dengan dia jer...tetapi sekurang kurang nya bagi tahu lah nak kemana...supaya nanti kalau kawan kawan dia mati tengah jalan ker tak ada lah dia akan bagi tahu kat parents kawan kawan dia 'saya tak kawan dengan anak pakcik tu' tak ke lagi haru masa tu...



Kawan kawan dia yang duduk 1 rumah tu pon tak bercakap dengan dia....dia macam orang bisu berada di rumah sewa...tak ada kehidupan yang gembira dia di rumah sewa...bila dia keluar dengan kawan kawan dia yang memberi sedikit kegembiraan dan juga kebahagiaan baru nampak bertapa bahagia nya dia..dan apabila kembali di rumah dia kembali dengan perangai membisu dan tiada kehidupan...



Dia hanya menulis kisah sedih dia di atas kertas kecil yang berwarna warni dan di letakkan didalam kotak khas...kotak tersebut di sorok kan dari pandangan mata kawan kawan serumah yang lain...tak tahu lah apa yang dia nak buat dengan kota dan juga nota nota kecil tu....


Dia hanya berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran di sebalik kejadian ini dan berharap dia dapat tabah kan hati dan juga redha jika dia kena kehilangan kawan kawan dia semasa belajar sekarang...


Kepada yang lelain...tolong jaga hati dan perasaan kawan kawan..jangan lah cuba buat sesuatu di luar jangkaan..cuba bayangkan kawan yang kita rapat pergi dari kehidupan...dengan kawan tu jer lah kita selesa berbicara apa apa topik pon...hilangnya dia tanpa pengantti...dan masa ini kau akan nampak bertapa bertuah nya kau dapat berkawan dengan orang yang sanggup ketepi kan perasaan dia untuk kau...bila kau menangis dia ada kat sisi...bila kau gembira kau lupa kan dia...bertapa kau tu tak sedar dek untung...selepas apa yang dia dah bagi kat kau supaya kau gembira bila dia sedih kau tinggalkan dia...kat manusia ni ada seketul daging di mana kalau daging tu baik akan jadi baik..kalau daging tu dah busuk macam maner kau nak wangi kan pon memang tak dapat lambat laun akan terbau jugak akhirnya... daging tu bermaksud HATI....

Tuesday, 4 March 2014

DAching!

Duit dengan kasih sayang.. Mana lagi penting?

Siapa kata kasih sayang, bullshit tu semua.
Ok mari sini admin rosakkan pemikiran korang semua.

Cuba sentuh hati korang dan kata.. Semua masalah korang tetap takkan selesai walaupun banyak duit.
Cubalah. Sentuh dalam-dalam. Mana bolehhhh...
Masalah apa tak boleh selesai dengan duit?

Sakit
Ape de hal kalau sakit. Duit banyak. Boleh berubat. Sebut je berapa nak bayar.

Belajar tak pandai
Ok lah, kalau dah mak ayah tu banyak sangat duit, boleh je hantar anak-anak ke sekolah power-power. Tak jalan juga? Kasi dia satu hari (seminggu pun boleh) suruh study je. Habis je exam, dapat reward.

Reward yang gile babeng. Mini Cooper untuk UPSR, PMR boleh bagi heli pulak. SPM dapat UFO terus. Kalau dah semua achievement dapat hadiah cenggitu, mau tak pandai budak tu belajar?

Kalau budah U pulak, buat lah benda sama. Spend whole study week tu belajar je. Lepas exam, joli la. Wayang? Shopping? Ape de hal.. 

Politik
Lagi pulak nya. Kalau kerajaan banyak duit, tak ada dah bising pasal free education segala bagai. Naik harga barang semua, mana nak jadi kalau duit banyak. Tapi ini dah masuk topik inflasi, jadi kita kekalkan skop kita kepada individu.

Kebahagiaan
Kalau nak bajet baik sangat pun.. "Dunia semua ni.." katanya.
Sedekah lah. Duit banyak tak terhabis.
Tanya lah siapa pun. Siapa tak nak bersedekah..
Kalau duit dah banyak sangat tu. Pergi je restoran random, belanja satu kedai.
Tengok macam mana orang doakan kebahagiaan kau.
"God bless you.."

Kalau dah putus hati sangat dengan hidup. "Duit tak boleh beli kebahagiaan."
Pergi overhaul rumah anak yatim kasi lawa.
Kau tengok muka happy budak-budak tu..
Bukankah itu kebahagiaan????





Sebab tu admin kata..
Bullshit la duit tak boleh beli kebahagiaan.
Kata-kata hipokrit tu..
Sebab tak nak nampak materialistik.

Daripada hipokrit.

Tapi still.. Jangan lah hidup tu asik nak senang je sepanjang masa.
Kadang-kadang kena ada problem juga.
Kalau tak apa lah makna hidup ni kalau semua nak pakai cheat je.
Kan..






"Money cant buy you happiness. But poverty cant buy you anything."











Sunday, 2 March 2014

Duit berhantu??

Betul ke duit berhantu?bagi admin bukan duit yang berhantu tetapi orang yang dapat duit yang menjadi hantu...kenapa admin cakap macam nie..sebab bila sesetengah dapat duit habis semua nak perabihkan...dapat elaun bagi yang tengah belajar pergi seronok dengan kawan kawan...shopping sana..shopping sini..habis semua shopping complex masuk...kalau tak shopping pon pergi berjalan jalan ke tempat tarikan pelancong...huurrmmmm



Ingat lah duit elaun bagi yang tengah belajar tu memang lah untuk korang tetapi jangan lah salah tafsir..yang memberi elaun tu bagi meringankan beban ibubapa...supaya tak payah keluarkan duit mereka untuk anak anak yang di kasihi...ni dah dapat elaun tak sampai hujung bulan dah habis mintak dekat mak "mak nak duit..duit dah habis.." huurmmm..ni lah dia lumrah pelajar pelajar IPT..



Macam admin..admin nie kedekut punyer lah bakhil....kalau nak keluarkan duit tu berfikir dulu cukup tak untuk bulan nie...nak beli apa? boleh tak hold dulu sampai balik ke rumah? tu semua admin fikir...jadi tak ada lah admin mintak kat keluarga admin untuk duit...



Bila nak keluar dengan kawan kawan admin tengok jugak ke mana tempat nya..kalau tempat tu memang akan perabih kan duit baik tak payah...baik pergi dengan kelaurga lagi seronok...apa nak dapat...mesti punya kalau pergi dengan family...kalau pergi dengan kekawan memang lah apa nak dapat tapi lepas tu kau yang merana duit dah habis...jadi siapa rugi kat sini?



Ok admin nak cerita 2 kisah nie..kisah pertama..bila dia dapat je duit elaun dia akan ajak kawan kawan dia pergi jalan jalan or buat something yang perabihkan duit lah kira nya..dapat elaun kan awal bulan jadi pada awal bulan memang kebanyakkan pelajar berduit lah...dia nie pulak jenis nya nak makan yang sedap sedap..tempat dah tak ingat dah mahal ke apa ker...jadi kawan kawan dia yang maner "berduit" tu ikot jer...sampai 1 tahap di mana kawan dia terlepas cakap "kau lah nie ajak aku pergi tempat tempat macam nie..tengok dah habis dah duit aku..pinjam duit kau hah.." korang nak tahu apa dia cakap "aku ajak jer..maner lah aku tahu kau ada duit ke tidak.." kawan dia tu balas lagi "kau lah paksa aku...dah lah lepas nie malas lah aku nak keluar dengan kau.."...dia punya respond lepas tu hanya sengihan.....mungkin dia lebih beruntung mempunyai keluarga yang ada pendapatan tetap...tapi jangan lah menganiaya orang dengan macam tu sekali..nasib orang lain kita tak tahu mungkin senang mungkin susah...



Cerita kedua nie lebih kepada yang ada bf (boyfriend) bukan sahaja yang ada bf tetapi yang dah kenal family bf tu sekali...ramai yang kat luar sana yang buat macam ini juga..bagi admin tu cuma bf..belum SUAMI yang dah lafaz ijab dan qabul...dia nie dapat elaun pada tiap tiap awal bulan dia akan beli barang untuk 2 rumah..1 rumah untuk rumah sewa..dan 1 rumah lagi di rumah bf dia...hurrmm orang yang macam nie patut campak jer dalam hutan...sebab dia dah buta kan mata dia untuk melihat sesuatu akan datang tu pada admin lah...pada admin tak payah lah nak membazir duit pergi beli barang keperluan untuk rumah lain...kau uruskan diri kau pon dah ok pada kau nak uruskan untuk orang lain...cuba bayangkan kau dengan dia tak kekal sampai ke perkahwinan kau nak mintak ganti rugi ker? kalau kau mintak pon bf kau akan kata apa "yang kau b*d*h sangat bagi aku macam macam sapa suruh" dan masa ini kau akan kecewa....lain kau dengan dia dah berkahwin..memang lah suami isteri saling melengkapi keperluarn rumah...haiishh orang macam nie pon ada...tak faham admin..bila bercinta semua di serah kan...bila putus semua nak ganti rugi...



Nampak tak dekat sini orang berhantu bila dapat duit....pada admin duit nie walaupon nampak kekadang tu sikit nilai tetapi membawa makna yang besar...kerana duit juga lah boleh membawa pergaduhan kematian dan paling risau sekali terputus silaturahim....itu tersangat lah di takuti oleh semua orang...kalau boleh berjimat cermat jimat selagi mampu...jangan membazir..nanti kau jugak rugi bila kau tak ada duit dan kawan kau ajak tengok wayang dan kau akan kata "duit aku habis lah" tak ke dah rosak kan mood kawan kawan kau yang lain...bawa bawa lah berhemah ketika belanja...jangan nak ikot kan nafsu sangat...nanti kau yang akan rasa menyesal....jadi dengan itu berjimat cermat lah yer...