Monday, 10 March 2014

MasihHilang

Kesian betul admin tengok family penumpang pesawat yang hilang tu.
Mengangis-nangis dalam berita.

Macam yang kita semua tahu, MH370 tu hilang macam tu je.
Tak ada tanda terhempas atau apa-apa.
Memang pelik gila la kan.
Dah la masa dia hilang tu boleh kata tak jauh mana pun lagi.

Tapi macam biasa.. LordNightPandemonium takkan bagi intisari yang korang boleh dapat dalam blog lain.

Jadi admin nak tanya ni..
Siapa dah baca buku Kasyaf terbitan FIXI?

Admin dah baca.
Meremang juga bulu-bula badan admin bila tengok kes MH370 ni.
Memang faktab kepala bila fikir.
Jadi siapa nak rasa benda sama dan agak-agak nak teka sendiri macam mana boleh jadi macam tu, sila berkejar ke MPH terdekat dan beli buku Kasyaf tu.

Admin bukan nak kata kes ni alami serangan yang sama.
Cuma nak bagitahu, itulah yang admin terfikir dalam kelapa.
Ada yang duk kata ni gara-gara filem Non-Stop.
Admin pun tak tengok lagi.

Yela, mungkin lah pesawat ni kena hijack, manalah kita tahu.
Cuma macam yang sedia maklum, janganlah nak memandai-mandai itu ini pasal kes ni.
Biar je pihak bertanggungjawab buat kerja diorang.
Tak payah nak sibuk mengajar.

Terus-terang kalau admin, tak heran pun sebenarnya nak cari balik MH370 tu.
Tapi tengok suma duk pening-pening fikir jalan nak cari balik.
Jadi sebenarnya diorang semua tengah cuba sebaik boleh nak dapatkan balik mereka yang hilang tu.
Sebab diorang bukan hati kontang macam admin. Jadi jangan nak sibuk-sibuk masuk campur macam bijak sangat.

Bagi yang kata macam-macam pasal MAS tu, tak boleh cakap macam tu derr..
Benda nak jadi. Ustazah kau terlepas silibus Qada Qadar ke kat sekolah dulu?

Admin agak terharu lah tengok negara-negara luar yang turut tolong cari diorang semua.
Admin tak lah yakin sangat boleh jumpa sebenarnya. Mungkin boleh.. Cuma sekarang otak admin tengah penuh dengan teori kesan buku Kasyaf tu.

So sebagai saudara sesama islam.. Bukan islam sekali pun..
Since kita tak mampu nak buat apa-apa, tak lain kita cuma mampu doakan keselamatan mereka.

#prayforMH370 pun ye juga. Tapi #pray5timesaday jangan buat-buat lupa..
















No comments:

Post a Comment