Monday 23 March 2015

Equal

.

Dalam post 'Godaan' dulu admin ada cakap pasal perempuan dress up macam slut, lepas tu kena rogol dan itu salah diorang sebab pakai seksi.

Actually, ada sebab admin cakap macam tu.
Admin rasa tak masuk akal bila feminist sibuk perjuangkan yang wanita boleh pakai apa je yang mereka nak.
Hidup ni, dunia ni, semuanya bukan kau punya.
Semuanya berlandaskan undang-undang.
Sapa yang ada hak untuk set semua rules? Dah tentu-tentu lah 'tuan rumah'.
"If you're living under my roof, you gotta live under my rule!"

Admin malas nak bukak topik agama lah, sebab confirm kau dah salah kan..
So admin nak bagi benda ni EQUAL (untuk sang equalist), admin tutup mata kejap bab agama.

Betul, benda tu boleh jadi kat sapa-sapa je. Sapa lah kita untuk tentukan nasib sesiapa, even diri kita sendiri.
Boleh jadi perempuan ni baik, solehah etc.. Tau-tau kena rape.
Boleh je perempuan yang skanky, kaki botol segala tak pernah kena rape langsung. Walaupun main dengan boyfriend dah berkali-kali.
Kita tak ada kuasa dengan tu.
So apa yang admin cuba cakap ni?? Go with the flow je?
Kalau jadi, jadi.. So pakai jelah macam mana kau nak. Bukan pakaian boleh tentukan nasib kau kena rape ke tidak.

Tapi boleh ke kau terima orang smoke lepas tu hembus dekat muka kau?
Lepas tu smoker tu cakap..
"Ala kau hari-hari sedut asap kereta tepi jalan tu takpe pulak. Sedut jela asap rokok 2nd hand ni. Sok-sok mati jugak."

Admin kata equal kan tadi?
So admin kupas dari sudut lain pulak.

Pada admin,
Ada sedikit salah juga pada The Ridhuan Teeory ni. (orang bijak biasanya akan namakan penemuan dengan nama sendiri kan. Nak hamekk!!)
Sebab instead of mengajar perempuan dengan 'Jangan pakai seksi', why dont kita ajar lelaki untuk 'Jangan merogol'?

Kalau kau boleh buat kempen anti buli, jangan buli budak-budak..
Kenapa tak kau ajar je mangsa buli tu jangan jadi nerd kalau tak nak kena buli?

"In my defence, if Danny Briffle didn't want to eat a mouthful of dirt, he shouldn't have shown up to school wearing a bow tie." - Penny (Kaley Cuoco)

















.

Friday 5 September 2014

Separuh

.

Kita selalu dengar orang duk argue 'The glass is half empty or half full'.
Kata mereka, yang optimist rasa 'half full', sebab kununnya bersyukur dengan apa yang ada lah..
Pesimist akan rasa 'half empty', sebab rasa tak cukup.

Ini apa admin kira pulak.

It depends on apa kita nak.
Lets say Abu minum separuh gelas air coklat feveret Ahmed, then Ahmed mesti cakap..

"Ape ni! Half empty air aku kau tibai!"

Bayangkan kalau tu adalah air strawberry yang Ahmed cukup allergic tengok, dan dia bagi kat Abu. Benda yang sama, Abu minum separuh gelas. Ahmed akan cakap..

"Minum lah lagi.. Half full lagi ni.."




HAHAHA!!!
Kau raso?

















.

Thursday 17 July 2014

Tragedi MH17

Sekali lagi Malaysia di gemparkan pesawat MAS MH17 telah di tembak di Ukraine. Pesawat malang itu dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur yang telah berlepas dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi waktu Amsterdam dan di jangka tiba di KLIA pada pukul 6.10 pagi ini.

Sidang media di Hotel Sama Sama KLIA, Dato Sri Najib Razak telah mengesahkan pesawat itu milik MAS MH17. Pesawat yang membawa seramai 295 penumpang – 280 orang awam dan 15 anak kapal yang menggunakan pesawat boeing 777.

Laluan udara yang di gunakan pesawat MH17 telah di sahkan selamat oleh ICAO. Laluan ini bukan pesawat MH17 sahaja yang di gunakan bahkan hampir ke semua pesawat kormersial guna.

Wisma Putra sedang berkerjasama dengan kerajaan Russia dan Ukraine untuk susulan laporan MH17 yang telah di tembak oleh pihak pengganas.

Sekiranya benar pesawat MH17 ini telah di tembak pihak yang bertanggung jawab saptutnya di bawa ke muka pengadilan, kerana telah melibatkan orang awam dan orang yang tidak bersalah.

Satu fakta menarik pasal MH17 ini, pesawat MH17 ini telah berusia 17 tahun pada 17/7/1997. Ke semua bermula dari angka 17. Apa pon sama sama lah kita berdoa dan membaca Al-Fatihah untuk mangsa yang terkoban dalam nahas MH17.

‘Hari yang tragik dalam tahun yang tragik buat Malaysia’ di petik dari sidang media, kata kata Dato sri Najib Razak.



Salam Takziah dari 
LordNightPandemonium

Saturday 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramdhan Al Mubarak dari blog LordNightPandemonium buat semua umat islam di pelusuk dunia..semoga kita semua mendapat syafaat dari Nya untuk bulan yang mulia ini...


Kali nie admin tak nak buat post pasal tips sebab kita semua dah menjalankan rukun islam ke empat ini dari umur kita kecil lagi..jadi kita dah tahu apa sepatut dan tidak di lakukan pada bulan yang mulia ini...



Admin kali ini cuma nak mengingatkan apa yang kebiasaan yang kita buat pada bulan ramadhan setiap tahun apabila ia menjelang tiba...


Membeli atau memasak dalam quantiti sederhana ini kerana apabila kita lapar kita lebih mengikut nafsu..sebaik baik nya bersederhana ketika membeli dan memasak...secara tak langsung kita dah membazir...yang ini admin kena mengaku kekadang admin sendiri tak dapat kawal..tapi sebaik baik nya kawal diri ketika membeli...



Biasakan diri dengan zikirullah, tadarus Al-Quran dan bersedakah...mesti ada yang tanya macam mane nak bertadarus sedangkan ada di pejabat? Pada admin cukup kita memasang MP3 Al-Quran secara tak langsung kita akan mengikut bacaan terutama surah surah lazim...biasakan diri dengan mendengar zikirullah dengan memasang MP3 juga...secara tak langsung kita akan mengit bacaan dari situ...



Tak susah kalau kita hendak mengikuti apa yang di galakkan...cuma pada diri kita sahaja nak atau tidak untuk membuat perkara perkara itu semua...benda paling senang...kita hanya mendengar surah surah lazim dan zikirullah sahaja kita telah mendapat berlipat kali ganda ganjaran pahala yang di beri oleh Allah pada bulan yang mulia ini...



Jadi sama sama lah kita mengejar ganjaran pahala yang di cipta oleh-Nya untuk semua hamba yang dikasihi dan disayangi oleh-Nya...


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1435HIJRAH BUAT SEMUA PEMBACA BLOG LordNightPandemonium...


Thursday 26 June 2014

Godaan

Rasanya ramai tahu pasal ni.
Murrica kecoh duk saman McD sebab buat diorang gemuk.

Katanya McD jual makanan tak berkhasiat. Dan iklan-iklan McD tu kononnya lure diorang untuk beli dan om nom nom sampai gemuk.

Punyalah mengarut.
Ok lah, admin tak lah ada example yang berdekatan. Sebetulnya example admin sangat jauh dari topik. Tapi at least korang fahamkanlah bentuk situasi ni ye..

McD jual makanan tak berkhasiat tapi nampak best, buat diorang tergoda untuk beli dan makan sampai gemuk
McD dipersalah.

Perempuan duk pakai seksi sampai kena rogol.
Lelaki dipersalah.


Ape kes?
Katanya, masyarakat patut ajar lelaki untuk respect perempuan, dan bukannya perempuan yang kena ada boundary dalam pemakaian.
Then McD? Diorang berniaga kot! Memang kena buat marketing.. Memang kerja diorang untuk goda orang.

Mari admin sum up lebih jelas ye..

Mereka ada pilihan untuk pergi makan makanan yang sihat. Tapi pilih untuk makan junk food.
Pilihan sendiri kot! Kenapa nak salahkan company tu? Bukan McD paksa diorang pun.

Dan mereka ada pilihan untuk jaga maruah diri tapi sibuk fight untuk tunjukkan badan dekat semua orang. Masalah yang dicari sendiri namanya tu..








pendek je entry ni eh?









Friday 13 June 2014

Pastikan Halal, Baru Selam

Admin ada jumpa satu video haritu. Tapi mana tah perginya.

Macam yang admin baca, mamat ni kena bantai sebab dikatakan kantoi berdotdot dengan bini orang.

Mulanya puas benor admin bukak telinga luas-luas, nak dapatkan bahasa yang diorang pakai. Orang apa agaknya. Dari telinga admin ada cina, thailand, indon+melayu. Masalah betul telinga den ni.

Tapi admin andaikan ini Sabahan la kot.

Yang admin pelik kemain ni, nak buat kemain berani. Bila kena bantai meringkuk je macam ulat. Ape ni bro!

Tapi terus terang lah apa admin rasa eh.. Sangat-sangat nonsense video ni. Bukan video tu lah, tapi perbuatan tu.

Dibantainya mamat tu sampai lunyai (nak sedapkan ayat je. takde lah lunyai pun) tapi mana video dia bantai bini dia?!?!?!

Bukan admin suruh dia bantai bini dia. Point admin adalah.. Memang mereka berdua bersalah. Kalau ikut hukum hudud, rejam tak silap admin. Tapinya, cuba pikir balik (ini general ye, bukan lawan hudud).

Mamat tu solo. Single and ready to mingle. Memang lah merenyam. Sapa pun dia sapu.

Dah perempuan tu pulak, sedar-sedarlah awak tu dah berlaki. Pergi la gentel laki kau je. Yang duk gatal kenapa.

Sama juga kalau kes sebaliknya.

Yang perempuan tu single, memanglah gatal. Lelaki tu pulak dah ada bini, yang halal, yang haram tu jugak nak cari.

Walaupun dua-dua side salah pada timbulnya, tapi pada dasar bagi admin, yang dah berumahtangga tu jauuuuhhhhh lebih teruk.

Jangan nak bengang kat orang yang rampas suami/isteri kau. Bengang la kat suami/isteri kau yang gatal tu.

Adoooooooohaiii
Suma admin nak kena ajar. Tak paham betul.

So, ada sesapa volunteer nak kawin ngan admin? *wink-wink*











Zaman Fitnah

Tolak kes Abby..

Duk kecoh kes laki Ayu Raudhah pula dikatakan menggatal dekat IG dan WeChat.

Ish.. Ish.. Banyak yang admin boleh kupas dekat sini. Macam bawang dah rasanya.

Lapisan Pertama
Takkan lah Zaquan ni bodoh tahap cenggitu. Ingat tak admin cakap pasal public figure haritu? Apa pun yang deme buat, semua orang tahu. Memang bengap lah si Zaquan ni kalau berani sangat nak buat macam tu.

Lapisan Kedua
Kalau dah kecoh pasal kes ni, takkanlah si Zaquan ni nak buat lagi dan lagi dan lagi. Bertambah-tambah pulak awek gersang muncul tayang diri (cover gambar sendiri tu adalah proses menanyang diri jugak sebenarnya ye..) konon hot sangat sampai Zaquan nak dekat dia. Kalau dah parah sangat adik-adik admin ni ha, bak datang la. Admin boleh je tolong settle. Admin ni baik hati tau....

Lapisan Ketiga
Bini Zaquan tu kemain la cun nye! Body pun lawa, muka cun, senyum manis.. Apa lah yang Zaquan nak tergila dekat budak-budak baru nak up tu? Kalau betul la, memang bengap lah jantan tu kan?

Lapisan Keempat
Yang konon kata Zaquan ada videochat dengan dia.. Dalam Chat tu kata, "Dah nak masuk tidur". Ape benda kejadah dah nak masuk tidur tapi duk dalam kereta! Dah pulak Zaquan ni duduk alam mana terang benderang cenggitu nak masuk tidur.

Lapisan Kelima
Yang ni jangan kata tak logik eh!
Tah-tah Aidil buat prank kot! HAHAHAHAHA!!!!!



Admin bukanlah nak menangkan Zaquan ni.. Lelaki bukannya baik sangat (dan sekiranya korang rasa perempuan sangat baik, sila refer entry sebelum ni). Boleh je tak de hal. Bini kat atas je pun. Pergi jelah selam. Yang duk hegeh dekat videochat kejadah ape? Tapi hati manusia manalah kita nak tahu.

Senang cerita, perkara sebenar cuma Zaquan je yang tahu. Kalau dia buat, dia tahu. Kalau dia tak buat, mestilah dia tahu kan. Ayu, tak leh cakap apa. Dia mestilah kena menangkan laki dia. Isteri yang jaga maruah suami. Kan baik tu..

Jadi kita jangalah nak buat andaian sesuka hati. Silap andai, boleh jatuh fitnah. Sendiri jawab la dekat akhirat. Admin tak tawuuu...

Macam admin cakap, kita ambil buat pedoman. Sesambil tu kita doakanlah agar pasangan yang satu ni tak tergolong dalam lakibini yang bercerai berai. Sesungguhnya Allah amat bencikan peceraian.

Ha tu dia....