Friday 28 February 2014

Sabah

Ni admin nak pengalaman admin pergi ke sabah...admin dah berapa kali dah ke Sabah tapi mesti tak cukup pergi jalan jalan kat situ...admin mula pergi sabah dengan 3 keluarga termasuk keluarga admin..masa tu kalau tak silap admin masa darjah 4 camtu...lama kan..tapi admin ingat lagi...masa tu rumah pakcik admin besar dan dia bagi kami semua tidur dalam rumah dia...dah ramai ramai macam tu takkan nak tidur hotel pulakkan...



Masa ni kami tak berjalan sangat sebab ada je halangan dari keluarga admin yang lain..macam mabuk laut lah penat lah biasalah sebab berjalan dalam kumpulan yang agak ramai dan kena lah bertolak ansur....sudah nya duduk rumah makan tidur dan habiskan masa untuk nak balik ke KL semula



Kali kedua admin pergi sabah dengan family admin sahaja.. masa nie memang advanture sikit sebab kami pergi sana agak lama...2 minggu beb kami pergi sabah..pernah tak di buat dek orang..kalau yang ada urusan tu lain lah...nie saja saja...masa nie kalau admin tak silap admin tingkatan 3...nak PMR admin pergi berjalan...hahahaha....keluarga admin sempat pergi ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas...dengar macam tak caya kan...itu lah hakikat sebenar...dengan admin tak tahu keadaan jalan kat sana macam mana...memang kalau fikirkan balik kerja gila sebenar nya...



Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas mengambil masa 1 hari lebih kurang maksud nya 1 hari siang lah...kalau gerak pagi sampai petang..masa nak pergi kami gerak siang...nak jadi cerita...baru jer nak masuk simpang Sandakan  Kota kinabalu adik admin dah muntah dah.. jalan jer simpang ke Kota Kinabalu admin dan adik admin bergilir gilir muntah...okk nak cerita cikit..jalan kat sana memang terok...kalau korang kata jalan kat semanjung nie teruk bahawa jalan raya kat sana lagi teruk...jadi bersyukur lah anda yang duduk di semanjung nie...



Sampai jer di Kota Kinabalu misi mencari hotel...memandangkan secara tak dirancang untuk peri ke KK jadi kena ada misi mencari hotel...dan dan masa tu pulak musim keamatan jadi kebanyakkan hotel di KK penuh...kena jugak cari...last last jumpa hotel budget...hehehe..jadi lah...



Keesokkan hari kami sekeluarga berjalan jalan di PASAR FILIPINA kami sekeluarga menghabiskan masa lama jugak lah dari pagi sampai tengah hari...kemudian petang sambung lagi...itu ibu dan kakak admin tak penat shopping...admin adik dan ayah admin dah duduk tepi laut dah...sebab pasar filipina tu tepi laut so memang agak seronok bagi siapa yang tak shopping duduk kat situ...



Esok pulak hari kami di jemput oleh keluarga angkat kakak admin yang berada di Kota Belud..kampung keluarga angkat admin tu Kampung Bobot..memang agak kelakar bunyi nye...keluarga angkat admin siap sediakan hotel untuk kami sekeluarga dan mengadakan kenduru kesyukuran sebab kakak admin datang ke tempat dia lagi sekali...memang 1 pengalaman menyeronok kan...esok hari nya keluarga admin bawak ke PASAR TAMU di Kota Belud...pasar yang ada pada hari ahad dan terbesar di KK kalau tak silap admin..kat situ admin tak sure sebab dah lama dah...dekat Pasar Tamu tu kebanyakan jual produk tempatan macan kuih tempatan kraft tangan tempatan...ayah admin jumpa madu asli betul betul madu asli di pasar tamu tu...malam itu kami balik semula di KK sebab bas kami ke Tawau pada malam hari nya..



Kami tiba di Tawau pada pukul 5.30 pagi...dalam keadaan terpisaat pisat mencari jalan pulang...cewwaahh..padahal ada orang ambil...pada tengahari nya kami sekelurga pergi ke Pasar ikan untuk membeli ikan dengan rasa seronok nya memasing memilih ikan yang mahal di semanjung macam kerapu, jenahak dan siakap yang besar dengan harga yang murah dan berpatutan...sama juga macam udang semua memang murah dan segar...selepas itu ibu admin masak dan keluarga admin menajadi 'kucing' sibuk dok meratah ikan ikan yang di masak...sedap giler masa tu...



Esok nya hari kami pergi pasar yang menjual barangan kering seperti ikan bilis udang kering untuk order dan di bawa pulang ke semanjung tak lupa juga keropok amplag..keropok tu di perbuat dari ikan memang sedap..keluarga admin memang suka bak kata orang nogori "ontak ontak abis" jadi memang keluarga admin suka lah...



Admin sekeluarga di tawau tak lama...dalam 3-4 hari selepas berjalan di KK..kalau nak di ikot kan rancangan asal kami nak ke semporna island tapi tak jadi itu yang kami ke KK...



Bila tiba hari untuk pulang ke semenanjung admin dan keluarga risau takut terlebih berat...jadi bila sampai di lapangan terbang check in semua barang alhamdulillah selamat tak terlebih berat untuk barang..



Kalau ada kesempatan admin sekeluarga nak pergi pulau yang berada di perairan sabah...asyik pergi ke bandar jer bila masa pulak nak pergi di lautan kan...memandangkan perairan di sana masih terjaga dari semua aspect jadi admin sekeluarga memang nak sangat pergi ke sana...itu je lah pengambaraan admin sekeluarga ke sana...nanti kalau ada pengambaraan lain admin cerita kan lagi...

durhaka

"Redha Allah datangnya dari redha ibubapa"

Makanya, walaupun anak tu degil, jahat sekalipun..
Kalau mak nya kata tak derhaka, jadi tak derhaka lah dia kan?

Admin tak pasti lah pasal ni. Tapi kalau betul, ada satu hal yang bermain di fikiran admin.

Kalau betul lah ibu bapa tu sayangkan anak diorang, marah macam mana pun takkan lah sewenang-wenang nak jatuhkan derhaka walaupun diorang ada kuasa untuk buat macam tu.
Lain lah kalau yang dah teruk melampau sampai macam cerekarama tu.
Itu pun kalau mak ayahnya masih rasa, "Aku maafkan anak aku.." tak jatuh derhaka rasanya.

Apa kata tengok blog ni dan kemudian kita fikirkan bersama-sama..

DuniaUmi

















Thursday 27 February 2014

identiti

Dulu orang tua-tua selalu ingatkan budak-budak..
Keluar rumah, jaga perangai. Kita ni membawa nama baik keluarga.

Ish.. Ish..
Orang melayu memang tak nak dengar kata kan.
Bukan tak nak dengar je. Lagi mencabar-cabar.

Al-kisahnya...

Pada musim bola, berebut-rebut lah brader-brader kaki bola duk tampal stiker negeri kebanggaan masing-masing dekat kereta.

"Hobin Jang Hobin!!"
"Hogoh Pahang Hogoh!!"
"Ulau Melingkau Atas Pagau. Kita Kasi Gegau!!"
"The Red Warrior"

Ahhh macam-macam lah.

Itu tak salah sebenarnya.
Yang jadi hal bila masuk kereta, drive macam setan.
Kat situ lah kita merosakkan nama 'keluarga' kita.
"Pehh!! Macam ni la orang ganu drive! Main potong ikut suka hati je!"
(sebagai contohnya)

Haaa... Get the picture now?

Tapi, ini baru pasal kecil-kecil.
Bayangkan sekarang orang tengah duk promote sticker kalimah "Bismillah" yang berlampu bila tekan brek. Pehh.. Kemain bangga tu nak tampal kat kereta.
Bawak kereta macam pelesit, tiba-tiba duk brek emergency.
Berasap tayar macha kat belakang.
Terpampang terus kalimah 'Bismillah' depan muka macha yang duk mencarut sebab brek terkejut.
Berlampu lagi. Dengan bangga, ngko!
"Macam ni lah orang islam bawa kereta."

Haa.. Tak salah..
Memang tak ada salahnya. Tapi macam kata orang tua-tua lah..
Jaga perangai bila keluar rumah. Kita ni membawa nama KELUARGA.
Keluarga tu umum, sayang..
Tak semestinya bermaksud kau letak sticker nama bapak je dekat kereta, bawa nama keluarga.
"Anak-anak Sidek inside"

Cool pulak sticker macam tu. Kalau lah nama bapak admin Sidek.
Huahahaha..


















Wednesday 26 February 2014

Tips Dan Persediaan Untuk Melancong

Nie admin nak cerita sedikit bila kita nak pergi melancong tips dan persediaan kita nak pergi melancong..tak kira sama ada luar atau dalam negara Malaysiaku ini..hehehehe


Tips Pertama...
Tetap kan dari awal tahu ke mana kita nak pergi berjalan..maksud nya buat lah 1 list negeri atau negara yang kita TAK PERNAH pergi takkan nak pergi tempat yang sama jer bosanlah...kalau kita nak pergi luar negara pergi check online tiket...biasa admin akan check dekat airasia.com jer..tambang murah lagi pon everyone can fly with airasia.com...hehehehe...cari tiket paling murah atau buat selidik dulu bila masa promosi...kat sini kena sabar sikit kalau tak sabar melepas...sebab ramai sangat yang akan masuk dalam suatu masa..nanti kena masuk kat "waiting room"...jadi bila dah tahu tarikh dan juga ke mana kita hendak pergi kita masuk pulak tips kedua..


Tips Kedua
Tadi kita dah buat yang pertama kan dah tahu kan ke mana kita nak pergi..dah bayar tambang kan..murah jer kan...okk next kita KUMPUL DUIT..takkan nak berjalan tak ada duit...so bila kita dah tahu ke mana kita nak pergi boleh kita kumpul duit dengan selesa...jangan hanya cakap 'aku nak pergi sini sini..sampai masa tak ada duit..' macam tu pon adooo kau...


Tips Ketiga
Tips ketiga nie kena rajin sikit untuk menggunakan pakcik google sebagai informer kita...masa ni kita akan MENCARI HOTEL yang MURAH, SELESA & DEKAT DENGAN TEMPAT SHOPPING.. okk kat sini nanti admin akan cerita kan pada post yang akan datang kenapa kita kena cari 3 criteria nie tadi...kita masuk pulak tips seterusnya..


Tips Ke-empat
okk tips nie bagi orang nak berjimat sebenar nya macam admin..hehehe...kita berjalan dah berhabis dah duit kat sini jer boleh cut cost...sekiranya melancong ke luar negara pastikan sesuatu tempat tu ada jual makanan HALAL...sekiranya tidak BELI MAKANAN YANG SENANG DI BAWA macam maggie, biskut, roti apa apa jer lah yang senang...dekat sini penting bagi yang melancong ke luar negara ye...nanti kalau tak jumpa makanan halal takkan nak berlapar...kesian yang pergi melancong macam tu..jadi sediakan payung sebelum hujan..


Tips Ke-lima
SEDIAKAN BEG untuk mengisi peralatan gadget..Okk kat sini orang yang gila gadget...sila check kamera, charger dan kesemua barang elektrik sebelum tarikh nak pergi melancong..habis takkan tak bawa camera kot nak pergi jalan...tak nak ambik moment kat sana...kalau boleh camera tu biar lah ada 2 camera...macam admin keluarga admin ada 2 camera..satu DSLR dan 1 lagi SLR...tapi ada lagi 2 camera tambahan iaitu camera handphone...hehehe..okk biasa nya camera yang SLR ayah admin yang akan pegang..manakala DSLR kadang adik admin yang pegang..selalu nya admin yang kena buli ambik gambar...jadi tak ada lah gambar admin kekadang tu..sedih sikit kat part nie...okk sila bawa gadget untuk camera anda macam charger, tripod, lens, flash, dan paling penting memory kekadang ramai yang lupa part memory nie...maklum lah target tak habis tengok tengok masa berjalan "memory full" macam nak menangis wei kalau kena...


Tips Ke-enam
Part nie dah masuk kepada pakaian korang lah...sila lah bawak BAJU BERSESUAIAN dengan cuaca...takkan nak pakai baju tebal dalam tengahari kot..tak sesuai koo....karang orang lain sibuk dok berjalan kau dah pengsan dulu...lagi satu bawak lah baju tu cukup atau lebih dengan masa untuk korang berjalan...okk..karang tak cukup baju jenuh nak pergi cari baju lagi...kalau sehelai 2 boleh lah cari..kena 3-5 helai tak cukup..habis dah duit nak shopping apa nya...


Tips Ke-tujuh
Sediakan 1 BEG KHAS dimana kita letakkan dokumen penting kita macam passport kalau ke luar negara, penyata hotel dan juga tiket flight kita...ini penting nanti supaya tak lah mengelabah kalau pergi sesuatu tempat yang kita tak yakin kita boleh tanya orang...persediaan nie seelok nya malam sebelum berangkat...untuk yang berjalan dalam kumpulan..seelok eloknya passport tu biarlah seorang je pegang...karang tercicir ke apa ker jenuh nak cari...nak jadi pendatang haram ker..hehehehe..jadi lebih selamat seorang sahaja yang pegang..


Tips Ke-lapan
Bila kita nak pergi berjalan nie pastikan KESIHATAN diri dalam keadaan baik...dan sekiranya perlu sila bawa ubat ubatan seperti paracetamol, ubat batuk, ubat selesema dan juga sakit tekak sebagai persediaan awal...takut takut ada yang demam bila sampai ke sana sebab kita tak boleh jangka keadaan suhu dan cuaca...


Tips Ke-sembilan
Sila RANCANG masa perjalanan untuk pergi berjalan..yang pergi berjalan dalam negara tu..rancang perjalanan bila nak bergerak dan nak lalu ikot mana sama ada highway atau jalan lama... yang perlu ke lapangan terbang tu sila bergerak awal untuk ke lapangan terbang..takut takut jem jalan yang nak menuju ke lapangan terbang tu....dah sampai awal sekiranya boleh check in barang sila lah buat..karang kot nak tunggu karang terlepas pulak flight...



Okk itu tips dari admin kalau ada terkurang tu minta maaf lah maklum lah admin pon setahun sekali jer pergi berjalan...hehehee...jadi apa yang admin buat admin share kat sini..yang mana tak tahu dan nak mengikut apa yang admin buat sebelum nak pergi berjalan boleh lah ikot...nanti kalau admin ada masa nanti admin nak ceritakan pengalaman admin pergi berjalan dalam dan luar negara...

(counter)clockwise

Apa-apa hal, try baca blog ni dulu.

JamPusinganTerbalik

Cool jugak jam ni kan.. Pusing terbalik. Memang rare la.
Cuma marketing nya macam agak kurang kena pula.
Mari admin quote sikit ye..

Penggunaan jam mampu mengingatkan kaum muslimin di seluruh dunia agar sentiasa ingat akan putaran dan hukum yang telah ditetapkan oleh maha pencipta kita ALLAH swt.

Dasyat woo..
Orang solat 5 waktu pun sampai limit, menyetan jugak tak ingat tuhan.

Tak cukup tu, tengok harga dia pulak. Macam tak boleh bla je.

Admin bukan kan condemn ke apa.. Dia nak buat bisnes tak salah nya.
Tapi jangan lah nak jaja nama agama macam ni, bagi orang rasa serba-salah, atau pun jadi BOB, bak kata matluthfi.

Boleh je rasanya nak bagi segala teori 'ke kanan' diorang tu. Tapi beragak-agak lah sikit.
Iye ke tidak manfaat jam tu macam yang diorang cakap, wallahualam.. Admin pun tak tahu lah kan.
Cuma admin kurang setuju lah dia nak market barang jualan pakai agama macam ni.

Sangat buruk seseorang manusia itu apabila menggunakan agama untuk mendapatkan perihal dunia
by @itewmerapu






*rasa-rasa macam mana agaknya pemakai jam ni selesaikan rubic cube pakai tutorial youtube ye..













Tuesday 25 February 2014

Kawan Makan Kawan

Selalu kita dengar kan? Pernah tak terjadi di diri anda? Tipu lah tak pernah...yang masuk ke IPT tu lah yang biasa terjadi..



Bagi admin kawan dari sekolah adalah "the true friend".. kenapa admin cakap macam ini..sebab kawan dari sekolah lagi kenal diri kita macam mana...baik..buruk.. perangai kita mereka semua dah tahu...sebab yang pertama kau 5 tahun sekolah yang sama..kawan yang sama...pergi dan balik sekolah sama....tapi kenapa kita tak yang sama bila kita di IPT..



Di IPT terlampau banyak sangat ragam manusia yang kita tak kenal...orang yang jenis cepat 'touching' jenis yang 'parasit' jenis yang meng-api api kan kawan sendiri...banyak sangat perangai yang kita tak jumpa masa zaman sekolah..dan yang paling penting kawan yang lupa kan kawan tu biasa...



Macam admin di IPT admin menggunakan setiap sem bertukar kelas mengikut gred..jadi bila dah bertukar kelas nie..banyak sangat anasir anasir yang kita dengar pasal kawan kita...bagi admin senang jer anasir nie..campak kat sungai tu bagi ikan ikan sungai makan...kalau tak pon pergi letak anasir nie kat tengah lebuh raya ke tengah rail keretapi ker bagi kena langgar....disebabkan mulut dia secara tak langsung kita bergaduh dengan kawan sendiri...part yang admin tak suka tu bila ada jenis 'stalk'.. come on lah...tak payah lah nak stalk sangat apa social network yang dia ada...macam fb ker twitter ker blog ker apa apa jer lah...masalah yang timbul lepas stalk adalah menyebarkan berita...sama ada sahih atau tidak..dah pergi meng-api apikan jadi bertambah besar masalah...bila dah jadi macam ini dah tak bertegur...duduk satu tempat tinggal pon tak bertegur...




Macam macam sebenar nya perangai manusia nie..sampai kekadang admin tak faham...kalau benda nie terjadi kat admin, admin diam jer..malas nak cari pasal...biarlah orang memandang kita dengan pandangan yang buruk asalkan kita tahu apa tujuan kita sebenar nya....bagi admin biarlah orang yang suka mencari salah tu terus kan mencari salah...admin pasti suatu hari nanti kesalahan yang paling besar dia semua orang akan nampak...




Nak cari kawan waktu seronok tu ramai sekali...cakap jer "jom malam nie aku belanja...." yang sibuk pon boleh jadi tak sibuk....tak percaya cuba buat....tapi kalau bila kau tak ada duit "wei pinjam duit sikit wei..sesak arr sekarang..." kalau kau ada cuba mintak dekat 10 orang admin agak 1 orang jer yang bagi...nak cari yang sorang nie ingat senang....masa ni kau akan terfikir diaorang semua nie berkawan dengan aku sebab apa?? untuk berkawan atau sebalik nya...




Nak cari kawan kalau boleh biarlah sampai bila bila...bukan hanya pada masa itu ketika itu sahaja...kalau kena dekat diri sendiri nanti siapa yang susah...cuba lah buat perangai tu kalau nak rasa sakit ke tidak bila kawan buat macam...dah tahu nanti cakap kat admin ek...admin nak tahu jer...

kasibedalla!

Admin naik berbulu pulak bila ada orang-orang lama yang duk poyo kata diorang dulu puas kena pukul dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah.
Siap kata tu, tak berani report mak ayah, kalau tak kena tambah lagi.
Mak ayah sekarang ni sikit-sikit report polis.

Agak-agak la nak tunjuk bagus pun.
Cuba tengok pula macam mana cikgu tu punya denda.
Memang ada certain mak bapak tu yang over terlampau.
Tapi sebab adanya orang-orang lama macam yang admin sebut tadilah, cikgu-cikgu banyak ambil kesempatan bantai murid melampau-lampau.

Admin rasa, pukul tu tak salah.
Tapi bak kata Nadia Khan dalam novel Gantung..
"Rogol maruah, lagi parah.."

Bukan lah maksudnya cikgu tu merogol.
Itu dah memang salah la. Gila apa tak buat homework, kena rogol ngan cikgu.
Lepas tu ada puak-puak kata cikgu tak salah. Budak tu yang salah sebab tak buat homework.
Bapak heaven. Macam ni aku pun nak jadi cikgu.

Maksud admin di sini..
Jangan lah melampau-lampau.
Denda tu berpada lah.

Tengok kes cikgu yang gantung loceng kat leher student, lepas tu suruh makan rumput.
Haaa.. Pikir sendiri lah. Cantik perangai?

Yang duk femes ni kes budak perempuan yang katanya buta sebelah mata tapi tak dapat status OKU.
Cikgu tu bantai dia sebab tak siap homework.
Asalnya memang kita rasa bapak dia over la siap report polis. Katanya silap anak dia hanya tak buat homework. Mana tidak, dah nama budak sekolah.. Apa lagi kesalahan budak sekolah kalau bukan tak buat homework? Memang patut la cikgu pukul.

Admin tak nak sentuh la pasal budak tu OKU kan.
Sebabnya, OKU tak OKU..
Rotan tu boleh maaf lagi. Tapi sampai hentak kepala dekta meja tu dah melampau la derr..
Anak orang tu. Kau takde hati perut ke.

Orang cakap memang senang. Belum kena batang hidung sendiri.
Tunggu anak kau kena macam ni, masa tu kau hadap lah komen-komen mulut berapi macam yang kau buat tu kan.

Ini pula sedikit sebanyak yang admin jumpa.


Tapi berdasarkan kedua-dua gambar yang admin tengok, mungkin lah memang budak ni mata dia buta sebelah. Sebab dia pakai tudung memang senget je.
Mungkin dia buta mata kiri, jadi bila belah kiri muka dia tertutup pun dia tak nampak.
Mungkin lah.

Admin pun tak pasti lah cerita betul nya macam mana. Mulut ke mulut, keyboard ke keyboard, bercampur-aduk sudah ceritanya.
Tapi point admin, itulah dia.














Monday 24 February 2014

Jangan Tamak

Semua dah sedia maklum bahawa bantuan BR1M telah di beri dan sekarang admin tengah menuggu BB1M..maklum lah admin masih belajar...jadi admin tunggu lah BB1M..



okk syarat nak dapat BB1M nie senang jer yang masih bersekolah tingkatan 6, pelajar di matrik, pelajar IPT dan beberapa lagi lah..ada beberapa buah kolej telah mengadakan taklimat dan kemungkinan agihan tersebut bermula minggu ini atau hadapan..



Tetapi ada juga di antara yang dapat BB1M yang pergi mohon BR1M nie...hidup nie jangan lah tamak...beri kepada golongan yang memerlukan korang dah dapat BB1M tu korang nak lagi BR1M? tak bersyukur ke dengan apa yang dah ada depan mata...


Nak tanya lah yang siapa yang pergi mohon BR1M tu aper korang nak buat dengan duit tu? belanja keluarga? belanja kawan kawan? berseronok? dan apa yanga admin pasti bila korang dapat duit tu nanti korang lupa orang sekeliling termasuk lah keluarga korang...belanja kawan kawan pon kemungkinan ada limit nyer..mungkin bila nak order tu akan bersuara yang bawah RM++ nie jer...lebih bayar sendiri..tak caya pergi tanya orang yang dapat BR1M dan BB1M..



Kalau yang masih belajar tu kata tak cukup duit nak tanya sikit kemana duit korang pergi...okk admin nie dari mula belajar sampai sekarang keluarga admin bagi 300 untuk makan minum segala nya...kalau nak balik ayah admin akan ganti kan duit tambang.. tapi sebelum tu nak beli tiket kena pakai duit sendiri jugak..okk sambung balik pasal 300 tu..alhamdulillah cukup...tu dah termasuk kalau nak pergi print ke apa apa kerja kolej...kalau korang kata makan..memang tak di nafi kan makan sekarang mahal..tapi berjimat cermat lah...bukan nya dah tahu kedai tu mahal dan tak sedap siapa suruh masuk..pergi lah kedai yang sedap dan murah...nie dah tahu kedai tu tak sedap pergi bantai nye makan McD lah KFC lah...macam mana nak cukup..kalau sesekali boleh lah..kalau dah tiap tiap minggu admin geranti duit kau habis dan penyakit pon kau dapat...



Tips paling mudah pasal kewangan nie buat catitan berapa banyak untuk makan top up telefon semua..tetap kan dari awal bulan...asingkan duit untuk keperluan dan kehendak...dan tips nie mungkin berkesan sebab admin pernah buat...kalau keluar kan cash money cuba keluarkan 50 je...nanti korang mesti ingat ini jer tinggal padahal kat dalam atm ada lagi duit kau tu...dan jangan lah bergaul dengan kawan kawan yang suka berjalan sakan...biar kita hilang kawan macam tu dari malu tak ada duit...kalau kawan tu dah berjalan sakan dia tu di tanggung..kau yang mak ayah bagi 300 sebulan karang tak sempat nak ke hujung bulan duit kau pon habis...kau nak makan apa? kawan yang berjalan sakan tu nak tanggung kau...tak ada makna nya...




Apa apa pon jangan tamak...bagi kepada yang memerlukan apa hak kita, kita dapat...jangan sampai hak orang lain kita dapat...bagi yang islam tu nanti kena soal nanti apa kau nak cakap..sedangkan kau sendiri dapat juga bantuan...ingat orang lain..jangan nak terlalu penting kan diri sendiri...bagi admin maner yang admin rasa itu hak admin admin tuntut dan kalau bukan tak perlu lah ramai orang kat luar tu memerlukan...

Padang POLO

Padang POLO atau Taman Rekrasi Sultan Abdul Aziz tidak asing buat pendudukdi Ipoh, Perak. kenapa taman rekrasi ini di panggil padang polo sebab padang nie teretak berhampiran padang berkuda di Ipoh...



Dekat sini ada padang permainan dan juga ada jual makanan...bagi yang ingin bersukan di sedia kan padang dan juga gelanggang futsal...nak berjogging pon ada juga di sediakan laluan untuk berjogging..nak workout pon di sedikan tempat untuk workout...



Pada waktu pagi dan petang tempat ini menjadi tumpuan ramai...di mana ada kebanyakkan orang berjogging di sini sebelum masuk ke pejabat dan meneruskan kerja seperti biasa...pada waktu petang pula bukan sahaj orang yang berjogging dan melakukan senaman sahaja yang ramai tetapi ramai orang menikmati minum petang di sini antara juadah yang popular di sini ialah laksa polo atau laksa ipoh...ia popular kerana makan dengan otak udang yang telah dimasak dan di cair kan...memang terangkat apabila makan...sangat sedap...selain itu juga ada goreng pisang bijan yang di cicah dengan sambil kicap ala johor memang kesukaan admin...



Di padang polo ini juga kalau nak tengok bertapa ramai nyer pengujung pada hujung minggu memang admin tak jejak ke sini...cuma baru baru ini kakak admin ajak ke sini untuk menikmati cendol kerana sudah kepanasan jadi kami ke sini untuk menikmati cendol dan juga laksa polo..



Tempat duduk di sini adalah bebas..pengunjung boleh bawa makanan ke mana sahaja hendak makan...dan mangkuk di gunakan adalah pakai buang..jadi pengunjung tak perlu risau sekiranya mahu menghantar semula ke penjual...



Kebanyakkan yang hadir di taman ini pada hujung minggu adalah keluarga yang membawa anak anak mereka beriadah di taman ini...sambil menikmati minum petang...


Jadi tidak heranlah kenapa padang polo ini di kenali oleh ramai orang sama ada penduduk di Ipoh mahupun luar pada Ipoh...


**ibu admin tak sampai lagi kesini tapi hari tu ibu admin ada mengatakan nanti dia nak datang ke sini untuk menikamati laksa polo bersama otak udang yang sedap itu**

Sunday 23 February 2014

Cuaca Panas Membahang

Dekat sini admin nak ingatkan lah supaya minum air selalu maklum lah cuaca kat malaysia sekarang nie membahang panas nya...jadi "rajin" kan diri untuk minum air kosong atau mineral water...


Bagi admin lebih suka minum mineral water berbanding air kosong yang di masak..bukan sebab admin memilih tetapi admin dah biasa minum air kat situ..dari kecil admin minum air yang di tapis..pada permulaan keluarga admin beli penapis yang mineral pots water tu..alah kalau pergi kat tesco ada jual..tengok brand dan jugak berapa liter korang nak beli..macam semalam kakak admin baru beli kat tesco harga baru RM40 dalam 14 liter macam tu...


Bagi orang luar yang suka minum air bergula tu..bawak bawak lah berfikir balik...sebab kita hidup nie tak lama...karang tak sempat menuju ke hari tu dah di sahkan menghidap penyakit yang macam macam...jadi bawak bawak lah minum air kosong nie..memang lah air kosong nie tak sedap...tapi ini lah air paling baik sekali selain air zamzam dan juga air Yassin...


Sekarang admin dekat Ipoh jadi kebiasaan nyer cuaca dekat ipoh ini kekadang melebihi 30 darjah celcius..tu yang google nie beritahu..lepas tu bila check dekat handphone ada pula real feel..kalau dah cuaca lebih 30 darjah celcius real feel nya hampir 43 darjah celcius...

Lagi pon cuba tengok sendiri kenapa hutan hutan dekat malaysia ini boleh terbakar dengan sendiri...bertapa panas nyer cuaca di malaysia sekarang...bukan dengan hutan sahaja bahkan kebanyakkan air sungai hampir kering...sampai ada beberapa buah negeri terpaksa membuat catuan air dan menyediakan tangki antiseptik untuk membekalkan air kepada penduduk yang terjejas dengan krisis air...


Setiap apa apa yang terjadi dekat malaysia jangan lah kita pertikai kan semua ini kejadian dari Allah..Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk semua umat nya...dan jangan lah kita mengeluh setiap dugaan yang Dia beri kepada kita sebagai umat nya...Dia nak tengok macam mana tindakan umat nyer setelah Dia memberi kita ujian atau dugaan...


Jadi apa apa pon dari admin kepada semua jaga diri semasa musim panas nie...minum air mineral secukup nya jangan badan dah kering baru nak minum baik tak payah...kalau badan dah kering tak ada air senang jer bagi admin pergi jer hospital tu masukkan air dalam badan okk lah tu kalau dah malas sangat nak minum air...tapi yang penting minum air ada lah air mineral bukan nyer pergi beli air bergula dan kandungan gula yang melampaui batas...jaga diri kita sebab nanti nak pakai bila hari tua nanti...

BBWbolaberapi

Akhirnya big bad wolf fireball tamat juga.
Kita tunggu lah hujung tahun untuk kunjungan seterusnya.

Admin ada pergi BBW hari tu.
First time tu!
Sesat barat mencari jalan nak ke Mines. Buat malu betul.

Tapi sekali sampai sana, pehh memang heaven.
Buku dia memang murah macam setan.
Buku tebal cenggitu RM5 dia jual.
Cumanya yang admin terkilan sikit, buku-buka yang admin cari tak jumpa pulak dekat sana.

Memang banyak buku-buku lama lah.

Sebelum pergi tu ada juga admin cari-cari blog orang-orang yang pernah pergi.
Masing-masing duk perabis sampai RM100 beli buku.
Admin ni pun memang 'kaya-raya'. Cuak jugalah.
Tau-tau lah.. Masuk kedai 2 ringgit pun, angkat itu, angkat ini, RM10 tak lari jugak. Sekelip mata.
Daiso pun. Bunyi memang best. Macam murah je~ (baca dengan nada syasya solero)
Tapi paham-paham la time ke kaunter tu, seluk sana, seluk sini juga.

Rasa-rasa berapa admin perabis kat sana?
Hahahaha!!! RM65.
Entah berapa bijik buku admin dapat beli. Banyak juga lah.
Selalu RM60 ni kat MPH, 3-4 bijik buku lepas lah.

Apa yang admin nak cerita dekat sini..
Bagi yang kurang rajin membaca tu, bawak-bawak lah membaca.
Ilmu ni penting. Tak rugi jadi orang pandai ni.
Walaupun benda tu bukan bidang kita, tapi biar orang pandang kita berilmu.

Walaupun awek-awek dan pakwe-pakwe operator kilang baya-baya admin habis SPM dulu duk poyo dengan admin,
"Aku habis belajar kerja kilang, kau sambung belajar. Memang gaji aku sikit. Tapi masa kau habis belajar, gaji aku dah banyak. Kau? Kena bayar hutang PTPTN."
Terasa bhai. Sakit hati aku ni.

Tapi tengok balik lah tahap kita memang tak sama.
Bukan nak kata standard..
Ilmu tu penting. Jangan jadi tin kosong.
Kalau nak kata tak mampu, jangan lah pessimist sangat.
Ilmu tu boleh cari kat mana-mana.
Habis tu, apa kejadahnya entri ini di post!
















JDT

Dulu kalau kita tanya siapa pun, "Negeri mana kau paling tak suka?"
Tak lain jawapan dia memang Kelantan.

Sekarang ni kalau tanya, masih Kelantan jugak. Hahaha!!!

Cuma baru nak naik fenomena kan.. Bila masuk hal bola je, masing-masing pakat bash JDT.
Tapi sejak kes orang Johor bantai orang sampai pengsan tu, admin rasa dah melampau sangat lah tahap obses tu. Kiranya beragak lah sikit pasal bola sampai nak berbunuh kan.

Dulu rasanya ni perangai penyokong Kelantan.
Baling botol, baling mercun.

Adakah winter dekat China yang kena tiup ke pantai timur sampai KL turun salji tu, dah menyebabkan perangai awok-awok Kelantan beralih ke selatan semenanjung?

Jangan buat pasal wehh.. Johor kot!
Kuasa dia luas. Macam Digi wa cakap lu.
Tiap-tiap hari orang Johor duk nyanyi tu.

"Ale ale.. Ale ale.."
Mana tak handal.

Macam ni lah. Bosan pulak cerita pasal bola.
Nak baca pasal bola banyak lagi blog lain boleh bagi cerita.
Kalau obses sangat, pergi SokerNet.

Dekat LordNightPandemonium ni, kita tak cerita benda masuk akal.
Jadi apa kata kita mulakan fenomena baru.
Mulai sekarang, ayuh kita ubahkan ayat kita bila bercakap atau menaip.
Sebarang perkataan yang berkaitan dengan pukul, bantai, terajang, tumbuk dan sebagainya, kita tukarkan kepada JDT.

Mari admin beri contoh ye, adik-adik.

Kalau nak kata Kumar kena tumbuk dengan Siti sebab skodeng dia dalam tandas, ayatnya lantas berbunyi begini.

"Kerana perbuatan terkutuk Kumar mengintai Siti yang sedang membuang di tandas, muka Kumar telah diJDT oleh Siti sehingga lebam."

Atau pun, ayat simple.. Ali sepak perut Abu.

"Ali telah menJDT perut Abu sehingga beliau muntah darah."

Tada!! Mudah bukan?




Ayuh anak-anakku!!! Spread it!! Spread it like a virusss!!!!











Saturday 22 February 2014

welcometotheduck

qiuck quick quack queck qweet qouck.......

*TRANSLATE*

Dengan ini Lord merasmikan pembukaan BLOG ultimate info sepanas disalai....