Sunday 23 February 2014

JDT

Dulu kalau kita tanya siapa pun, "Negeri mana kau paling tak suka?"
Tak lain jawapan dia memang Kelantan.

Sekarang ni kalau tanya, masih Kelantan jugak. Hahaha!!!

Cuma baru nak naik fenomena kan.. Bila masuk hal bola je, masing-masing pakat bash JDT.
Tapi sejak kes orang Johor bantai orang sampai pengsan tu, admin rasa dah melampau sangat lah tahap obses tu. Kiranya beragak lah sikit pasal bola sampai nak berbunuh kan.

Dulu rasanya ni perangai penyokong Kelantan.
Baling botol, baling mercun.

Adakah winter dekat China yang kena tiup ke pantai timur sampai KL turun salji tu, dah menyebabkan perangai awok-awok Kelantan beralih ke selatan semenanjung?

Jangan buat pasal wehh.. Johor kot!
Kuasa dia luas. Macam Digi wa cakap lu.
Tiap-tiap hari orang Johor duk nyanyi tu.

"Ale ale.. Ale ale.."
Mana tak handal.

Macam ni lah. Bosan pulak cerita pasal bola.
Nak baca pasal bola banyak lagi blog lain boleh bagi cerita.
Kalau obses sangat, pergi SokerNet.

Dekat LordNightPandemonium ni, kita tak cerita benda masuk akal.
Jadi apa kata kita mulakan fenomena baru.
Mulai sekarang, ayuh kita ubahkan ayat kita bila bercakap atau menaip.
Sebarang perkataan yang berkaitan dengan pukul, bantai, terajang, tumbuk dan sebagainya, kita tukarkan kepada JDT.

Mari admin beri contoh ye, adik-adik.

Kalau nak kata Kumar kena tumbuk dengan Siti sebab skodeng dia dalam tandas, ayatnya lantas berbunyi begini.

"Kerana perbuatan terkutuk Kumar mengintai Siti yang sedang membuang di tandas, muka Kumar telah diJDT oleh Siti sehingga lebam."

Atau pun, ayat simple.. Ali sepak perut Abu.

"Ali telah menJDT perut Abu sehingga beliau muntah darah."

Tada!! Mudah bukan?




Ayuh anak-anakku!!! Spread it!! Spread it like a virusss!!!!











No comments:

Post a Comment