Monday, 24 February 2014

Padang POLO

Padang POLO atau Taman Rekrasi Sultan Abdul Aziz tidak asing buat pendudukdi Ipoh, Perak. kenapa taman rekrasi ini di panggil padang polo sebab padang nie teretak berhampiran padang berkuda di Ipoh...



Dekat sini ada padang permainan dan juga ada jual makanan...bagi yang ingin bersukan di sedia kan padang dan juga gelanggang futsal...nak berjogging pon ada juga di sediakan laluan untuk berjogging..nak workout pon di sedikan tempat untuk workout...



Pada waktu pagi dan petang tempat ini menjadi tumpuan ramai...di mana ada kebanyakkan orang berjogging di sini sebelum masuk ke pejabat dan meneruskan kerja seperti biasa...pada waktu petang pula bukan sahaj orang yang berjogging dan melakukan senaman sahaja yang ramai tetapi ramai orang menikmati minum petang di sini antara juadah yang popular di sini ialah laksa polo atau laksa ipoh...ia popular kerana makan dengan otak udang yang telah dimasak dan di cair kan...memang terangkat apabila makan...sangat sedap...selain itu juga ada goreng pisang bijan yang di cicah dengan sambil kicap ala johor memang kesukaan admin...



Di padang polo ini juga kalau nak tengok bertapa ramai nyer pengujung pada hujung minggu memang admin tak jejak ke sini...cuma baru baru ini kakak admin ajak ke sini untuk menikmati cendol kerana sudah kepanasan jadi kami ke sini untuk menikmati cendol dan juga laksa polo..



Tempat duduk di sini adalah bebas..pengunjung boleh bawa makanan ke mana sahaja hendak makan...dan mangkuk di gunakan adalah pakai buang..jadi pengunjung tak perlu risau sekiranya mahu menghantar semula ke penjual...



Kebanyakkan yang hadir di taman ini pada hujung minggu adalah keluarga yang membawa anak anak mereka beriadah di taman ini...sambil menikmati minum petang...


Jadi tidak heranlah kenapa padang polo ini di kenali oleh ramai orang sama ada penduduk di Ipoh mahupun luar pada Ipoh...


**ibu admin tak sampai lagi kesini tapi hari tu ibu admin ada mengatakan nanti dia nak datang ke sini untuk menikamati laksa polo bersama otak udang yang sedap itu**

No comments:

Post a Comment