Nie admin nak cerita sedikit bila kita nak pergi melancong tips dan persediaan kita nak pergi melancong..tak kira sama ada luar atau dalam negara Malaysiaku ini..hehehehe
Tips Pertama...
Tetap kan dari awal tahu ke mana kita nak pergi berjalan..maksud nya buat lah 1 list negeri atau negara yang kita TAK PERNAH pergi takkan nak pergi tempat yang sama jer bosanlah...kalau kita nak pergi luar negara pergi check online tiket...biasa admin akan check dekat airasia.com jer..tambang murah lagi pon everyone can fly with airasia.com...hehehehe...cari tiket paling murah atau buat selidik dulu bila masa promosi...kat sini kena sabar sikit kalau tak sabar melepas...sebab ramai sangat yang akan masuk dalam suatu masa..nanti kena masuk kat "waiting room"...jadi bila dah tahu tarikh dan juga ke mana kita hendak pergi kita masuk pulak tips kedua..
Tips Kedua
Tadi kita dah buat yang pertama kan dah tahu kan ke mana kita nak pergi..dah bayar tambang kan..murah jer kan...okk next kita KUMPUL DUIT..takkan nak berjalan tak ada duit...so bila kita dah tahu ke mana kita nak pergi boleh kita kumpul duit dengan selesa...jangan hanya cakap 'aku nak pergi sini sini..sampai masa tak ada duit..' macam tu pon adooo kau...
Tips Ketiga
Tips ketiga nie kena rajin sikit untuk menggunakan pakcik google sebagai informer kita...masa ni kita akan MENCARI HOTEL yang MURAH, SELESA & DEKAT DENGAN TEMPAT SHOPPING.. okk kat sini nanti admin akan cerita kan pada post yang akan datang kenapa kita kena cari 3 criteria nie tadi...kita masuk pulak tips seterusnya..
Tips Ke-empat
okk tips nie bagi orang nak berjimat sebenar nya macam admin..hehehe...kita berjalan dah berhabis dah duit kat sini jer boleh cut cost...sekiranya melancong ke luar negara pastikan sesuatu tempat tu ada jual makanan HALAL...sekiranya tidak BELI MAKANAN YANG SENANG DI BAWA macam maggie, biskut, roti apa apa jer lah yang senang...dekat sini penting bagi yang melancong ke luar negara ye...nanti kalau tak jumpa makanan halal takkan nak berlapar...kesian yang pergi melancong macam tu..jadi sediakan payung sebelum hujan..
Tips Ke-lima
SEDIAKAN BEG untuk mengisi peralatan gadget..Okk kat sini orang yang gila gadget...sila check kamera, charger dan kesemua barang elektrik sebelum tarikh nak pergi melancong..habis takkan tak bawa camera kot nak pergi jalan...tak nak ambik moment kat sana...kalau boleh camera tu biar lah ada 2 camera...macam admin keluarga admin ada 2 camera..satu DSLR dan 1 lagi SLR...tapi ada lagi 2 camera tambahan iaitu camera handphone...hehehe..okk biasa nya camera yang SLR ayah admin yang akan pegang..manakala DSLR kadang adik admin yang pegang..selalu nya admin yang kena buli ambik gambar...jadi tak ada lah gambar admin kekadang tu..sedih sikit kat part nie...okk sila bawa gadget untuk camera anda macam charger, tripod, lens, flash, dan paling penting memory kekadang ramai yang lupa part memory nie...maklum lah target tak habis tengok tengok masa berjalan "memory full" macam nak menangis wei kalau kena...
Tips Ke-enam
Part nie dah masuk kepada pakaian korang lah...sila lah bawak BAJU BERSESUAIAN dengan cuaca...takkan nak pakai baju tebal dalam tengahari kot..tak sesuai koo....karang orang lain sibuk dok berjalan kau dah pengsan dulu...lagi satu bawak lah baju tu cukup atau lebih dengan masa untuk korang berjalan...okk..karang tak cukup baju jenuh nak pergi cari baju lagi...kalau sehelai 2 boleh lah cari..kena 3-5 helai tak cukup..habis dah duit nak shopping apa nya...
Tips Ke-tujuh
Sediakan 1 BEG KHAS dimana kita letakkan dokumen penting kita macam passport kalau ke luar negara, penyata hotel dan juga tiket flight kita...ini penting nanti supaya tak lah mengelabah kalau pergi sesuatu tempat yang kita tak yakin kita boleh tanya orang...persediaan nie seelok nya malam sebelum berangkat...untuk yang berjalan dalam kumpulan..seelok eloknya passport tu biarlah seorang je pegang...karang tercicir ke apa ker jenuh nak cari...nak jadi pendatang haram ker..hehehehe..jadi lebih selamat seorang sahaja yang pegang..
Tips Ke-lapan
Bila kita nak pergi berjalan nie pastikan KESIHATAN diri dalam keadaan baik...dan sekiranya perlu sila bawa ubat ubatan seperti paracetamol, ubat batuk, ubat selesema dan juga sakit tekak sebagai persediaan awal...takut takut ada yang demam bila sampai ke sana sebab kita tak boleh jangka keadaan suhu dan cuaca...
Tips Ke-sembilan
Sila RANCANG masa perjalanan untuk pergi berjalan..yang pergi berjalan dalam negara tu..rancang perjalanan bila nak bergerak dan nak lalu ikot mana sama ada highway atau jalan lama... yang perlu ke lapangan terbang tu sila bergerak awal untuk ke lapangan terbang..takut takut jem jalan yang nak menuju ke lapangan terbang tu....dah sampai awal sekiranya boleh check in barang sila lah buat..karang kot nak tunggu karang terlepas pulak flight...
Okk itu tips dari admin kalau ada terkurang tu minta maaf lah maklum lah admin pon setahun sekali jer pergi berjalan...hehehee...jadi apa yang admin buat admin share kat sini..yang mana tak tahu dan nak mengikut apa yang admin buat sebelum nak pergi berjalan boleh lah ikot...nanti kalau admin ada masa nanti admin nak ceritakan pengalaman admin pergi berjalan dalam dan luar negara...
No comments:
Post a Comment