Wednesday 19 March 2014

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Admin memang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam secara mendalam...tetapi kisah Ammar buat admin nak baca siapa dia...admin sanggup pergi pusing 1 kedai buku semata mata nak mencari buku cerita cinta ahmad ammar nie...


almarhum Ammar menghembuskan nafas terakhir pada 2 November 2013 dan di semadikan pada 4 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H...jasad Ammar di kebumikan juga di Turki di perkuburan Eyub Sultan di antara sabahat Nabi Muhammad..




bila admin balik dan baca cerita dia membuat kan admin begitu kagum dan tak tahu lah macam mana nak ungkap kan perasaan tersebut..


Ammar di 'jemput' pada usia yang muda pada 21 tahun...dan pada admin selepas  baca cerita pasal Ahamd Ammar ini admin tahu dan semua orang tahu Ahmad Ammar bukan lah calang calang orang dan Dia begitu Istimewa sekali....Ammar juga adalah rakyat Malaysia yang pertama di kebumikan di tanah yang mulia di Turki...memang ammar seorang yang istimewa...



Meh sini admin cerita sedikit pasal Ahmad Ammar bagi yang belum dapat kan lagi buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" nie...

 Ahmad Ammar mendapat pendidikan awal di SERI ABIM Al-Huda selama enam tahun selepas itu melanjutkan pengajian ke Sekolah Agama Menangah Bestari (SAMBEST) untuk tingkatan 1 hingga 3...selepas PMR beliau ke Maktab Tentera DiRaja (RMC) untuk pengajian tingakatan 4 dan 5...Ahmad Ammar juga adalah pelajar terbaik kedua SPM di RMC...selepas itu ibu dan bapa Ahmad Ammar menghantar ke Turki untuk menyambung pengajian di Unoversiti Marmara untuk peringkat lebih tinggi...

Ahmad Ammar telah di pilih untuk menterjemahkan sari kata sebuah cerita dari Turki "Pride & Love"..

selain itu juga Ahmad Ammar selalu melibat kan diri di dalam aktiviti kemanusian di Kemboja dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM)..selain di Kemboja beliau turut membantu masyarakat Rohingya dan juga ke Padang Indonesia..Ahmad Ammar juga pernah mengikuti aktiviti kemanusian di Syria..

dan pada 2 November 2013 Ahmad Ammar telah di langgar sebuah ambulance ketika menyeberangi jalan dan meniggal dunia...



Kehilangan Ahmad Amar menyentap hati seluruh muslimin dan muslimat di dunia...semua orang berasa kehilangan seorang insan yang begitu istimewa..


seluruh alam menyaksikan pemergian nya Ahmad Ammar dan seluruh alam bersedih dengan kehilangannya Ahmad Ammar....




antara quota yang menarik dari Ahmad Ammar bila admin baca ialah..

"DUNIA BIARLAH BERPENAT 
AKHIRAT TEMPAT AKU BEREHAT" 
Perjuangan yang belum selesai.....


korang yang masih tak tahu pasal Ahmad Ammar ni dan nak tahu korang boleh cari buku dia kat MPH ke popular ker cari cepat sebelum kehabisan stock...dan apa yang admin tahu buku nie best seller kat MPH dan popular..sepanjang tahun 2014 dah 3 kali cetakkan....mungkin admin dapat dah cetakkan ke-3 mungkin..korang masih belum terlambat untuk baca cerita Ahmad Ammar...sediakan tisu...kuatkan diri dulu sebelum baca pasal Ahmad Ammar..


AL-FATIHAH BUAT AHMAD AMMAR..
KAU PENCENTUS ANAK MUDA UNTUK MENJADI SEPERTI DIRI KAU
KAU MEMULAKAN LANGKAH DAN MEMBERI RUANG KEPADA YANG LAIN UNTUK MENJEJAKI SEPERTI KAU AHMAD AMMAR
DAMAI LAH KAU DI SANA AHMAD AMMAR




No comments:

Post a Comment