Tuesday 11 March 2014

cerpen : itik

"Ish.. Panas lah babe.. Berminyak-minyak dah muka I. Jom pergi toilet." Kata Yana pada satu petang sewaktu sedang menjual muka di tepi Pavilion.

"Ok, jom.. I pun nak tacap-tacap ni." Jawab Zaiton sambil memalsukan lenggang lenggok bodynya yang takde cutting tu, mengekori langkah Yana. Dia sendiri sudah bosan melepak di depan Pavilion ni ajet-ajet cool.

Mungkin setelah lama menjaja maruah, dia akhirnya give-up lantaran tak ada langsung indon nak ajak bercomolot depan Pavilion nan indah tu. Untung-untung masuk youtube, merasa nak femes. Ohh, bahagianya...

Terbayang jelas di mindanya sewaktu dia mengangkat piala kemenangan ABPBH kategori 'Video Viral Paling Popular'.

"Mak.. Eton menang mak.. Tak sia-sia Eton gadaikan maruah demi populariti.. Ohh banggo eh omak den.."

"Kau dah kenape, Zetty? Terlambai-lambai.. Dah gila ke?" Suara Yana mematahkan angan-angan Zaiton.

Zaiton yang baru tersedar dari lamunan menurunkan tangannya yang sebentar tadi dilanbai-lambaikan persis gaya annoying kanak-kanak universiti cekik darah menyanyikan lagu 'Diamond of The world'.

"Apa yang you terkial-kial lagi tu Zetty? Cepatlah amik gambar I ni. Nak patah pinggang I menonggek ni ha.." Yana menghulurkan telefon bimbitnya sambil berposing maut di depan cermin.

Ka-Chak! Ka-Chak! Ka-Chak!

Puluhan gambar menggiur Yana kini tersimpan di dalam iPhone miliknya yang dibeli hasil memujuk rayu Ishmael, pelajar international di universiti terkemuka kuala lumpur, juga merupakan salah seorang spare-part nya.

Sekelip mata sahaja dengan teknologi yang terlebih canggih di zaman kini, gambar-gambar posing maut Yana telah dia muat naik di laman sosial Facebook.

"Hahh.. Malam ni mesti berduyun like Iolls dapat noks.."

"Dah lah, I dah penat la. Jom lah balik.." Yana menghabiskan tepekkan terakhir di mukanya.

Dia dalam perjalanan pulang, mereka disapa beberapa jejaka tampan. Apa lagi, menggelitik lah mereka berdua. Termakan dengan pujuk rayu dan ayat-ayat power bak teruna-teruna Lombok, ditambah dengan fitrah materialistik yang telah tertanam di dalam jiwa mereka sejak azali lagi, mereka akhirnya melabuhkan punggung di seat belakang Mazda RX5 milik salah seorang pemuda itu. Bangga terasa, dapat naik kereta mewah.

Sudah hampir 24jam. Kelibat mereka berdua masih belum kelihatan di mana-mana. Mata ibu Yana basah lencun seharian menangisi kehilangan anak gadisnya.

"Macam mana ni Angah.. Akak kau tak balik-balik.. Hati mak tak sedap ni nak.." Untuk kesekian kalinya ibu Yana menghembuskan hingus di tisu dan kembali teresak-esak.

"Tak tahu lah ibu. Puas dah angah cari sana-sini tak jumpa pun akak. Mana lah dia pergi." Husin menggaru-garu kepalanya kemudian menyarungkan topi keledar. "Nak masuk 24jam dah ni. Husin pergi report polis dulu lah."

"Ada kau bawa gambar kakak kau?" Soal Mak Teh yang dari semalam setia berada di sisi ibu mereka.

"Ada Mak Teh.. Polis minta gambar terbaru. Zaman ni mana lah nak simpan gambar dalam album lagi. Jadi Husin ambil je lah mana-mana gambar kakak yang Husin jumpa dalam facebook dia. Nak cari lain takut tak sempat pula, apa yang ada je lah Mak Teh."

"Bagus pesbuk ni ye.." Kata Mak Teh sebelum Husin start enjin motor dan berlalu pergi.



Demikian itulah wajah manusia bertopengkan itik yang berposing seksi dalam tandas disiarkan di kaca televisyen bagi menjejaki kehilangannya.














*agak-agak kalau kita hilang, gambar mana lah yang family kita bagi dekat polis ye..
let that sink for a while..










No comments:

Post a Comment