Sunday 2 March 2014

Duit berhantu??

Betul ke duit berhantu?bagi admin bukan duit yang berhantu tetapi orang yang dapat duit yang menjadi hantu...kenapa admin cakap macam nie..sebab bila sesetengah dapat duit habis semua nak perabihkan...dapat elaun bagi yang tengah belajar pergi seronok dengan kawan kawan...shopping sana..shopping sini..habis semua shopping complex masuk...kalau tak shopping pon pergi berjalan jalan ke tempat tarikan pelancong...huurrmmmm



Ingat lah duit elaun bagi yang tengah belajar tu memang lah untuk korang tetapi jangan lah salah tafsir..yang memberi elaun tu bagi meringankan beban ibubapa...supaya tak payah keluarkan duit mereka untuk anak anak yang di kasihi...ni dah dapat elaun tak sampai hujung bulan dah habis mintak dekat mak "mak nak duit..duit dah habis.." huurmmm..ni lah dia lumrah pelajar pelajar IPT..



Macam admin..admin nie kedekut punyer lah bakhil....kalau nak keluarkan duit tu berfikir dulu cukup tak untuk bulan nie...nak beli apa? boleh tak hold dulu sampai balik ke rumah? tu semua admin fikir...jadi tak ada lah admin mintak kat keluarga admin untuk duit...



Bila nak keluar dengan kawan kawan admin tengok jugak ke mana tempat nya..kalau tempat tu memang akan perabih kan duit baik tak payah...baik pergi dengan kelaurga lagi seronok...apa nak dapat...mesti punya kalau pergi dengan family...kalau pergi dengan kekawan memang lah apa nak dapat tapi lepas tu kau yang merana duit dah habis...jadi siapa rugi kat sini?



Ok admin nak cerita 2 kisah nie..kisah pertama..bila dia dapat je duit elaun dia akan ajak kawan kawan dia pergi jalan jalan or buat something yang perabihkan duit lah kira nya..dapat elaun kan awal bulan jadi pada awal bulan memang kebanyakkan pelajar berduit lah...dia nie pulak jenis nya nak makan yang sedap sedap..tempat dah tak ingat dah mahal ke apa ker...jadi kawan kawan dia yang maner "berduit" tu ikot jer...sampai 1 tahap di mana kawan dia terlepas cakap "kau lah nie ajak aku pergi tempat tempat macam nie..tengok dah habis dah duit aku..pinjam duit kau hah.." korang nak tahu apa dia cakap "aku ajak jer..maner lah aku tahu kau ada duit ke tidak.." kawan dia tu balas lagi "kau lah paksa aku...dah lah lepas nie malas lah aku nak keluar dengan kau.."...dia punya respond lepas tu hanya sengihan.....mungkin dia lebih beruntung mempunyai keluarga yang ada pendapatan tetap...tapi jangan lah menganiaya orang dengan macam tu sekali..nasib orang lain kita tak tahu mungkin senang mungkin susah...



Cerita kedua nie lebih kepada yang ada bf (boyfriend) bukan sahaja yang ada bf tetapi yang dah kenal family bf tu sekali...ramai yang kat luar sana yang buat macam ini juga..bagi admin tu cuma bf..belum SUAMI yang dah lafaz ijab dan qabul...dia nie dapat elaun pada tiap tiap awal bulan dia akan beli barang untuk 2 rumah..1 rumah untuk rumah sewa..dan 1 rumah lagi di rumah bf dia...hurrmm orang yang macam nie patut campak jer dalam hutan...sebab dia dah buta kan mata dia untuk melihat sesuatu akan datang tu pada admin lah...pada admin tak payah lah nak membazir duit pergi beli barang keperluan untuk rumah lain...kau uruskan diri kau pon dah ok pada kau nak uruskan untuk orang lain...cuba bayangkan kau dengan dia tak kekal sampai ke perkahwinan kau nak mintak ganti rugi ker? kalau kau mintak pon bf kau akan kata apa "yang kau b*d*h sangat bagi aku macam macam sapa suruh" dan masa ini kau akan kecewa....lain kau dengan dia dah berkahwin..memang lah suami isteri saling melengkapi keperluarn rumah...haiishh orang macam nie pon ada...tak faham admin..bila bercinta semua di serah kan...bila putus semua nak ganti rugi...



Nampak tak dekat sini orang berhantu bila dapat duit....pada admin duit nie walaupon nampak kekadang tu sikit nilai tetapi membawa makna yang besar...kerana duit juga lah boleh membawa pergaduhan kematian dan paling risau sekali terputus silaturahim....itu tersangat lah di takuti oleh semua orang...kalau boleh berjimat cermat jimat selagi mampu...jangan membazir..nanti kau jugak rugi bila kau tak ada duit dan kawan kau ajak tengok wayang dan kau akan kata "duit aku habis lah" tak ke dah rosak kan mood kawan kawan kau yang lain...bawa bawa lah berhemah ketika belanja...jangan nak ikot kan nafsu sangat...nanti kau yang akan rasa menyesal....jadi dengan itu berjimat cermat lah yer...

No comments:

Post a Comment