Monday 24 March 2014

Penamat MH370

Salam Takziah buat anak kapal terbang dan juga penumpang MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing yang sepatut nya sampai pada 8hb march yang lalu..


Seluruh masyrakat dunia menanti khabar dan juga berita tentang pesawat MH370 yang menjadi misteri sejak 8 March yang lalu...


Pelbagai teori dan pendapat yang dikeluarkan oleh ramai pihak dan juga tak kurang hebat nya yang membuat spekulasi sendiri tentang kejadian tersebut...


Hari demi hari menanti kan pesawat MH370 yang pada mula nya hilang dari radar dan terus tidak dapat di jejaki..kebanyakkan negara asing membantu dalam misi mencari dan juga menyelamat MH370..


Secara jujur nya admin sendiri menantikan berita dan juga maklumat yang disampaikan tentang pesawat yang hilang dari radar itu sejak 8 March ...



Dan pada hari ini, setelah masuk 16 hari kehilangan pesawat MH370 disahkan, perdana menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak membuat pengumuman di PWTC sebentar tadi yang mengatakan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di lautan Hindi berhampiran dengan Perth Australia..


Kita semua pastinya masih mengharapkan penjelasan lebih tepat mengenai berita pesawat ni. Sebab seperti yang dimaklumkan perdana menteri kita, penerbangan pesawat ini berakhir di lautan hindi. Agak masih kurang jelas sama ada pesawat itu benar-benar terhempas dan semua anak kapal dan penumpang tak dapat diselamatkan, atau ada perkara lain yang berlaku. Atau mungkin perdana menteri kita tidak menyebutkan 'terhempas' bagi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa.. 


Apa-apa pun pembaca sekalian.. Kita nantikan sidang media esok dan berharapkanlah bahawa persoalan kita semua akan terjawab. Mungkin pada luaran kita semua terpaksa percaya apa yang di sahkan. Tapi admin yakin dalam hati kita semua, ini tetap masih belum berakhir sehingga bangkai kapal, dan sebolehnya bukti yang tepat tentang kematian para penumpang ditemui. 


Admin faham.. Siapa pun kalau boleh tak mahu terima hakikat bahawa 239 manusia seperti kita, mati begitu sahaja. 



Sesungguhnya senjata yang paling berkuasa bagi orang-orang muslim, tidak lain adalah doa. Apa yang kita mampu lakukan cumalah berdoa agar Allah taala timbulkanlah mereka ini sungguhpun sudah tiada lagi, agak dapat kita semadikan mereka dengan sempurna. 


Ayuh kita semua doakan kesejahteraan semua ahli keluarga crew dan juga waris penumpang MH370 agar mereka semua diberikan kekuatan menerima hakikat yang amat berat ini. Kita doakan agar mangsa penerbangan pesawat MH370 diampunkan doa mereka oleh Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Pembaca-pembaca yang admin kasihi, kita semua tak tahu apa ang menanti kita dan apakan bentuk pemergian kita. Jadi kalau kita tak lupa mendoakan orang-orang yang telah pergi, mudah-mudahan bila tiba masa kita, tak ada yang melupakan kita. Kematian menjemput tak kira masa. Tidak sesaat cepat, dan tidak sesaat lambat.. 


انا لله وإنا اليه راجعون 
Salam takziah dan juga Al-Fatihah dari Lordnightpandemonium....

No comments:

Post a Comment