Friday 7 March 2014

yoloabahkaula

Dunia sosial kita sekarang dah agak kurang privasi nya sejak kemunculan Facebook.
Sebab apa?
Sebab atok umur 90 tahun pun boleh ada Facebook lagi sekarang.
Jadi tak lain tak bukan, mak-mak dan ayah-ayah kita (bagi yang banyak mak ayah) memang akhirnya dah jumpa cara terbaik untuk stalk anak-anak depa.
Tahniah mak ayah!

Mungkin sekarang cuma twitter yang tinggal sebagai satu-satunya tempat mencarut bagi kita.

Tapi itu bukan lah isu yang admin nak ceritakan di sisni.
Bosan kot!

Apa yang admin nak ceritakan adalah..
Apa kes budak-budak sekolah dan university sekarang ni suka sangat post benda-benda yang menyakitkan mak ayah.
Lagi sekali, admin tak nak cerita pasal perangai-perangai sosial budak-budak.
Setakat kes cium kaki awek, toreh-toreh tangan..
Banyak lagi blog lain boleh cerita.

Yang buat admin sakit mata adalah post-post budak-budak pemalas macam ni..

"Pehh time jawab exam addmath tadi aku tido. Hahaha!!! Susah kot addmath. Konfem fail punya.
#exam #lazy #fuckaddmath #jawatankosongmcd"

"Hahaha assignment banyak gile. Malas aku nak buat. Wayang time!! Woohooo!!!"

"Its not about studying. Its about enjoying life. #YOLO"



Hahh paham lah apa yang admin nak cakap ni.
Malas nak membebel panjang. Pikir sendiri lah dah besar panjang.

Macam mana perasaan mak ayah baca benda macam tu yang anak dia buat sedangkan dia sibuk bekerja cari duit nak hantar belajar.

Kadang-kadang admin cuak tengok member-member admin yang duk post benda-benda berbaur begini dekat facebook. Nak-nak pulak mak admin kenal diorang, dah tentu ada dalam friendlist. Sepupu-sepupu admin tak terkecuali lah tu. Kategori budak-budak pemalas kecik-kecik tak nak mampos.

Kalau tak fikir hati perut, memang admin dah bahasakan je.
Boleh tak kau berhenti post benda-benda yang buat mak aku risau. Kau tak sayang mak kau, kau punya pasal.
Yelah, naluri manusia kan.. Suka fikir benda buruk dulu.
Kalau mak ayah admin dah ternampak budak-budak spesis macam ni, tak banyak, sedikit mesti ada risau dalam hati diorang, "Anak aku belajar tak kat sana."

Jadi adik-adik..
Marilah kita hentikan trend yang snagat tak cool ni.
Seronok sangat ke biar orang tahu kau kaki perabis duit mak bapak tapi belajar malas nak mampos.

















No comments:

Post a Comment