Monday 5 May 2014

Jigsaw


Awek-awek comel manja kesayangan admin..
Rasanya dmin tak payah nak bebel banyak-banyak..
Kita semua tahu orang perempuan ni molek sangat kalau pandai masak.

Nak menang hati suami, kena jaga perut suami tu.
Makan biar cukup, jangan sampai 'makan luar'.

Tapi tak bermakna lah nak jadi isteri je kena ada syarat nya.
Tak tahu masak tak boleh kahwin.

Nak jadi suami pun kena cukup syarat.
Kalau tak tahu nak bimbing isteri, tak tahu mengaji, solat tak cukup, boleh berangan nak dapat isteri cantik, pandai masak?

Huahahaa!!! Sebabkan jenis lelaki macam ni lah martabat lelaki-lelaki berkualiti pun dipandang rendah kaum wanita.
Kerana nila setitik ni namanya.

Tapi jangan berat sebelah.
Dalam perkongsian hidup ni, kena berkongsi lah.
Kena lengkap melengkapi.

Jangan tahu nak dapat pasangan sempurna je.
Nak yang kurus langsing, yang tinggi lampai..
Yang putih mulus..
Intai-intai lah diri tu sikit.

Kalau awak tu memang hensem kacak bergaya pun, tengok pula sisi agama tu sempurna ke?
Boleh jadi imam yang baik untuk keluarga?
Kalau semua pass, alhamdulillah.. bagussss..
Sebab kalau orang sempurna agamanya, pelacur pun sanggup diambil buat isteri.
Bimbing ke jalan yang betul, besar pahalanya tu!

Salam sayang dari admin. Haha!


















No comments:

Post a Comment