Monday, 24 March 2014

Penamat MH370

Salam Takziah buat anak kapal terbang dan juga penumpang MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing yang sepatut nya sampai pada 8hb march yang lalu..


Seluruh masyrakat dunia menanti khabar dan juga berita tentang pesawat MH370 yang menjadi misteri sejak 8 March yang lalu...


Pelbagai teori dan pendapat yang dikeluarkan oleh ramai pihak dan juga tak kurang hebat nya yang membuat spekulasi sendiri tentang kejadian tersebut...


Hari demi hari menanti kan pesawat MH370 yang pada mula nya hilang dari radar dan terus tidak dapat di jejaki..kebanyakkan negara asing membantu dalam misi mencari dan juga menyelamat MH370..


Secara jujur nya admin sendiri menantikan berita dan juga maklumat yang disampaikan tentang pesawat yang hilang dari radar itu sejak 8 March ...



Dan pada hari ini, setelah masuk 16 hari kehilangan pesawat MH370 disahkan, perdana menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak membuat pengumuman di PWTC sebentar tadi yang mengatakan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di lautan Hindi berhampiran dengan Perth Australia..


Kita semua pastinya masih mengharapkan penjelasan lebih tepat mengenai berita pesawat ni. Sebab seperti yang dimaklumkan perdana menteri kita, penerbangan pesawat ini berakhir di lautan hindi. Agak masih kurang jelas sama ada pesawat itu benar-benar terhempas dan semua anak kapal dan penumpang tak dapat diselamatkan, atau ada perkara lain yang berlaku. Atau mungkin perdana menteri kita tidak menyebutkan 'terhempas' bagi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa.. 


Apa-apa pun pembaca sekalian.. Kita nantikan sidang media esok dan berharapkanlah bahawa persoalan kita semua akan terjawab. Mungkin pada luaran kita semua terpaksa percaya apa yang di sahkan. Tapi admin yakin dalam hati kita semua, ini tetap masih belum berakhir sehingga bangkai kapal, dan sebolehnya bukti yang tepat tentang kematian para penumpang ditemui. 


Admin faham.. Siapa pun kalau boleh tak mahu terima hakikat bahawa 239 manusia seperti kita, mati begitu sahaja. 



Sesungguhnya senjata yang paling berkuasa bagi orang-orang muslim, tidak lain adalah doa. Apa yang kita mampu lakukan cumalah berdoa agar Allah taala timbulkanlah mereka ini sungguhpun sudah tiada lagi, agak dapat kita semadikan mereka dengan sempurna. 


Ayuh kita semua doakan kesejahteraan semua ahli keluarga crew dan juga waris penumpang MH370 agar mereka semua diberikan kekuatan menerima hakikat yang amat berat ini. Kita doakan agar mangsa penerbangan pesawat MH370 diampunkan doa mereka oleh Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Pembaca-pembaca yang admin kasihi, kita semua tak tahu apa ang menanti kita dan apakan bentuk pemergian kita. Jadi kalau kita tak lupa mendoakan orang-orang yang telah pergi, mudah-mudahan bila tiba masa kita, tak ada yang melupakan kita. Kematian menjemput tak kira masa. Tidak sesaat cepat, dan tidak sesaat lambat.. 


انا لله وإنا اليه راجعون 
Salam takziah dan juga Al-Fatihah dari Lordnightpandemonium....

Who, dude?



Hahaha!!! Apa lagi..
Fikirlah sendiri wahai adik-adik admin yang bijak laksana.

Admin bukan tak menyokong hukum hudud..
Admin tahu ada eloknya, tapi kalau dah kerajaan tak nak laksanakan, apa kata korang buat je sendiri.

Dan dan teringat banyak lagi tanggungjawab lain korang belum settle kat family, tiba-tiba part potong tangan sibuk nak buat.

Kah Kah Kah!!!
















Saturday, 22 March 2014

Biazzzz

Gara-gara main facebook, suami isteri bergaduh, bercerai-berai.
Gara-gara main facebook, kawan baik bercakaran.
Gara-gara main facebook, macam-macam benda lah.

Sampai ada yang tak nak ada facebook kononnya takut terjadi benda-benda yang admin sebutkan tadi.

Ini semua poyo.

Macam mana pula dengan handphone?
Text sana sini, boleh juga jadi punca bergaduh sakan.
Tapi facebook saja yang disalahkan, yang diboikot.
Kenapa?

Hahaha fikir sendiri lah.
Orang melayu ni memang suka menumpang otak orang lain.
Orang kata facebook jahat, semua nak kata facebook jahat.
Padahal handphone yang boleh bawa ke mana-mana tu tak pula nak boikot. Tak gitu?

Alah macam lah kita dulu tak alami zaman MySpace yang dah hilang seri tu.
Tak ada pula puak-puak orang tua-tua yang baru nak join social network ni bising macam-macam.

Macam surat-menyurat pun tak boleh buat orang bercerai-berai?

Mesyuarat tingkap makcik-makcik yang tak ada kerjaya tu, lagi pulaknya..

Jadi tak payah nak tunjuk pandai..
Jangan nak di salahkan sesuatu medium tu.
Cara kita gunakan tu yang patut dijaga.

Kalau suami korang tak menggatal dekat facebook, dia menggatal kat tempat lain.
Hahahaa!!!


















Wednesday, 19 March 2014

Currency Pelik Nak Mati

Dulu popular cerita ni dekat facebook, blog-blog dan mana-mana pun.
Admin baca dulu sebenarnya dekat group email sebab masa admin join internet dulu, cuma ada myspace dengan friendster je.

Cerita pasal ni lah..
Yang polis terima dua report kecurian duit.
Kes pertama kecurian bernilai 10 ribu ringgit.
Kes kedua kecurian RM1.

Memang polis tu utamakan kes Rm10 ribu tu dulu lah kan. Kes macam lebih besar je.

Tapi kalau kita singkap balik kes tu, RM1 tu milik pengemis tua. Dan memang itu je duit yang dia tinggal untuk beli makanan.
Padahal RM10 ribu tu milik orang kaya kedekut yang tak pernah bersedekah.

Sekarang kes mana pula yang bunyi macam lebih besar?

HAHAHA!!! Fikir sendiri.

Point admin adalah.. Berdasarkan keadaan, nilai duit tu buleh jadi lain.
Tapi yang admin nak cerita bukan pasal dua orang pakcik yang hilang duit tu.
Admin cuma pelik macam mana 'keadaan' betul-betul boleh mengubah nilai wang pada mata kita.

Sebab tak payah nak tunggu kes RM10 ribu kena curi pun
Dalam kehidupan kita sendiri pun alami kejadian pelik ni.

Bila RM1 hilang dari poket, cicir ke apa..
"Tak apa lah.. Seringgit je. Sedekah jelah kat siapa-siapa yang jumpa."
Malaikat catat tu.. Baiknya hati dia..

Tapi bila kredit telefon hilang seringgit..
Babi yang tengah seronok berkubang pun boleh tersedak air liur.
"Sapa sebut nama aku ni!!"
"Alah, sabarlah bang.. Dah nasib kita ni jadi babi.. Siapa pun buat jahat, kita jugak disalahkan. Nah, minum air ni.. Krokk!! Krokk!!"




Itu je admin nak cerita.
Sekian.













.


Ahmad Ammar Ahmad Azam

Admin memang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam secara mendalam...tetapi kisah Ammar buat admin nak baca siapa dia...admin sanggup pergi pusing 1 kedai buku semata mata nak mencari buku cerita cinta ahmad ammar nie...


almarhum Ammar menghembuskan nafas terakhir pada 2 November 2013 dan di semadikan pada 4 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H...jasad Ammar di kebumikan juga di Turki di perkuburan Eyub Sultan di antara sabahat Nabi Muhammad..




bila admin balik dan baca cerita dia membuat kan admin begitu kagum dan tak tahu lah macam mana nak ungkap kan perasaan tersebut..


Ammar di 'jemput' pada usia yang muda pada 21 tahun...dan pada admin selepas  baca cerita pasal Ahamd Ammar ini admin tahu dan semua orang tahu Ahmad Ammar bukan lah calang calang orang dan Dia begitu Istimewa sekali....Ammar juga adalah rakyat Malaysia yang pertama di kebumikan di tanah yang mulia di Turki...memang ammar seorang yang istimewa...



Meh sini admin cerita sedikit pasal Ahmad Ammar bagi yang belum dapat kan lagi buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" nie...

 Ahmad Ammar mendapat pendidikan awal di SERI ABIM Al-Huda selama enam tahun selepas itu melanjutkan pengajian ke Sekolah Agama Menangah Bestari (SAMBEST) untuk tingkatan 1 hingga 3...selepas PMR beliau ke Maktab Tentera DiRaja (RMC) untuk pengajian tingakatan 4 dan 5...Ahmad Ammar juga adalah pelajar terbaik kedua SPM di RMC...selepas itu ibu dan bapa Ahmad Ammar menghantar ke Turki untuk menyambung pengajian di Unoversiti Marmara untuk peringkat lebih tinggi...

Ahmad Ammar telah di pilih untuk menterjemahkan sari kata sebuah cerita dari Turki "Pride & Love"..

selain itu juga Ahmad Ammar selalu melibat kan diri di dalam aktiviti kemanusian di Kemboja dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM)..selain di Kemboja beliau turut membantu masyarakat Rohingya dan juga ke Padang Indonesia..Ahmad Ammar juga pernah mengikuti aktiviti kemanusian di Syria..

dan pada 2 November 2013 Ahmad Ammar telah di langgar sebuah ambulance ketika menyeberangi jalan dan meniggal dunia...



Kehilangan Ahmad Amar menyentap hati seluruh muslimin dan muslimat di dunia...semua orang berasa kehilangan seorang insan yang begitu istimewa..


seluruh alam menyaksikan pemergian nya Ahmad Ammar dan seluruh alam bersedih dengan kehilangannya Ahmad Ammar....




antara quota yang menarik dari Ahmad Ammar bila admin baca ialah..

"DUNIA BIARLAH BERPENAT 
AKHIRAT TEMPAT AKU BEREHAT" 
Perjuangan yang belum selesai.....


korang yang masih tak tahu pasal Ahmad Ammar ni dan nak tahu korang boleh cari buku dia kat MPH ke popular ker cari cepat sebelum kehabisan stock...dan apa yang admin tahu buku nie best seller kat MPH dan popular..sepanjang tahun 2014 dah 3 kali cetakkan....mungkin admin dapat dah cetakkan ke-3 mungkin..korang masih belum terlambat untuk baca cerita Ahmad Ammar...sediakan tisu...kuatkan diri dulu sebelum baca pasal Ahmad Ammar..


AL-FATIHAH BUAT AHMAD AMMAR..
KAU PENCENTUS ANAK MUDA UNTUK MENJADI SEPERTI DIRI KAU
KAU MEMULAKAN LANGKAH DAN MEMBERI RUANG KEPADA YANG LAIN UNTUK MENJEJAKI SEPERTI KAU AHMAD AMMAR
DAMAI LAH KAU DI SANA AHMAD AMMAR




Tuesday, 18 March 2014

Bro Before Hoe

Seperti sedia maklum.. Kita semua selalu dengar pasal isu ni.
Pasal bila mamat tu ada awek, terus lupa member.

Ajak lepak je, tak free. Nak dating dengan awek.
Ada kes kadang-kadang tu sampai awek dia buat jahat belakang dia, member dia yang tolong bagitahu ni pulak yang di marahnya.

Ish.. Ish.. Ish..

Jangan macam tu..
Siasat elok-elok.
Tak semestinya yang lawa, cantik, comel molek tu baik.

Dan admin pun tak kata lah yang member tu selalu betul.
Itulah gunanya akal dan minda kita ni untuk bezakan yang baik dengan buruk.

Tapi.. Ini bukanlah topik penuh admin pada kali ini.

Admin agak kurang puas hati dengan kawan-kawan yang duk pakai alasan macam ni bila nak dapat perhatian lebih.
"Bro before hoe, derr!!"

Bro before hoe. Not bro over girlfriend.
Kalau dah so-called kawan baik kau pun suka-suka panggil girldfriend kau hoe, fuhhh...
Fikir sendiri lah abang-abang sekalian..

Dan sebagai member tu, agak-agak lah.. Kalau masa kau kenal dengan dia, diorang memang dah couple, jelas-jelas girlfriend dia kenal dia dulu. Tak payah lah nak tunjuk bijak macam kau tahu lebih kan?

Tak tahu lah lelaki lain macam mana..
Tapi kalau admin lah, admin memang tak suka orang memandai-mandai pasal pasangan admin.
Lagi-lagi kalau admin baru je kenal dia. Padahal admin dah lama kenal pasangan admin.
Takkan lah sebab jumpa kawan baru, nak tinggal awek semata-mata 'Bro before hoe'.

Ini dah kes terbalik.

Jadi di sini, admin nak ajak abang-abang tampan dan awek-awek comel juga..
Pandai-pandai lah bahagikan masa untuk kawan-kawan, pasangan dan keluarga.

Walaupun nak ikutkan hidup kita ni untuk keluarga.
Pilih untuk ada kawan-kawan, kena lah bahagikan.
Pilih untuk ada girlfriend, ada boyfriend, dah kena bahagi tiga.

So, jangan lah berat sebelah.
Melainkan untuk kes yang admin cakap tadi..
Kalau baru kenal kawan tu sebulan dua, tak payah lah nak lebih-lebihkan daripada pasangan yang dah kenal setahun dua, semata-mata nak tunjuk bagus.

Hahahaa!!!
Tapi janganlah ini menjadi modal penuh kepada awek-awek nak menang mudah.
Jangan ingat perempuan tak buat macam ni pula.
Lebihkan kawan baru daripada boyfriend, atau lebihkan boyfriend baru daripada kawan yang dah lama kenal.

Entri ni bukan berat sebelah ye, adik-adik admin..
Admin cuma ceritakan di sisi lelaki je.
Hakikatnya benda ni umum pun terjadi.

Macam admin selalu cakap..
Masing-masing dah besar, dah pandai..
Fikir sendiri.

Babai.


















Tips Hilangkan Mengantok Di Tempat Kerja

Admin sekarang tengah praktikal...jadi kebanyakkan nya duduk di dalam pejabat lah..jadi bila malam sibuk dok buat entry jadi sah sah tidur lambat...jadi bila tidur lambat bangun pagi tak ada masalah boleh bangun..cuma bila dah masuk dalam pukul 9.++ tu mestilah rasa mengantok...lepas pagi rasa mengantok nie tengah hari pulak lepas rehat ataupon lebih tepat lepas makan tengah hari...waktu rehat dah bantai 1 pinggan nasi berlauk...huurmm apa lagi mata pon kuyu jer bila menjelang pukul 2 ke 3 petang tu...



Ok kat sini admin nak bagi tips hilangkan mengantok...


Tips Pertama
BERGERAK...sekiranya tempat duduk korang statik cuma berjalan atau bangun buat senaman sekejap...


Tips Kedua
CUCI TANGAN atau MUKA.... nie kes memang nak fresh terus...pergi lah ke tandas untuk melakukan...


Tips Ketiga
TAKE 5...rehat kan diri korang dari buat kerja...pergi lah ke pantry untuk mencari kudapan atau minuman yang menyegar kan...


Tips Keempat
Tips nie kalau rasa rasa boleh segar buat lah...tips PERGI KACAU KAWAN SEKERJA...kenapa cakap macam tu pulak sebab kot kot kawan korang tu tengah series memang kau dapat pelangkong dari dia..huhuuhu


Tips Kelima
Tips kelima nie kalau semua buat tu tak jadi jugak TIDUR jer lah jawab nya...dah tak ada cara lain dah...itu jer jalan yang boleh buat...tapi kena pandai pandai cover lah kalau bos datang ke apa...


Tips Keenam
Buat yang muslimin PERGILAH MENGAMBIL WUDUK mungkin dengan cara itu dapat mengurangkan lagi rasa mengantok sewaktu berkerja...

Okk itu jer tips yang admin nak bagi kali ini nanti admin post lagi kalau ada tips yang lebih menarik dan semua orang memerlukan...